Kegembiraan dan keletihan semalam masih lagi terasa. Kenangan indah bersama keluarga baru itu tidak akan Damia lupakan. Damia bingkas bangun mendapatkan telefon bimbit barunya itu. Diperiksanya telefon itu pada setiap sudut. ‘Cantik juga handphone ni’, Damia tersenyum. Tiba-tiba Damia teringatkan sesuatu yang sangat penting. Lantas dia mengambil buku telefonnya dan mendail nombor seseorang.
“ Hello ini Zafirah ke?”, Damia menyoal usai sahaja talian diangkat.
“ Ya, saya. Damia ke ni?”, Zafirah menyoal kembali.
“Yup. It’s me. Kenal jugak kau suara aku”, sambung Damia diikuti ketawa halus.
“ Takkan lah tak kenal suara kawan sendiri. Suara kau kan yang paling ‘merdu’ sekali kat sekolah kita”, perli Zafirah diikuiti gelak tawa.
“ Yerlah kau. Perli nampak. Ni aku nak tanya. Esok result SPM keluarkan? Kau datang pukul berapa? And nak jumpa kat mana?”, pertanyaan Damia bertubi-tubi umpama machine gun.
“ Mana satu aku nak jawab? Hehehe. Oklah firstly aku datang pukul 11.30 sebab result keluar pukul 12. Secondly budak-budak tu katanya nak berkumpul dekat kedai mak cik jual nasi lemak tu. Tempat kita semua lepak dulu sementara tunggu bas. So aku pun decide nak tunggu kat situ jugak. Eh aku nak tanya pulak ni. Kau hilang ke mana? Kita orang semua cari kau kat rumah kau, pastu jiran kau cakap. Kau dah pindah”, Zafirah kehairanan.
“ Sebelum aku jawab soalan kau, aku nak bagitahu yang aku nak lepak dengan korang jugak. So jangan tak tunggu aku. Zaf soalan kau aku jawab nanti lah sebab cerita dia panjang sangat. Lagi satu ni nombor baru aku. Bagitahulah budak-budak tu sekali. Nombor diaorang semua dah hilang. Nasib baik nombor kau aku ada simpan. Eh, aku kena letak ni. Ada hal sikit. Tunggu aku tau esok. Bye. Assalamualaikum”, lantas Damia memutuskan talian.
“ Mia cakap dengan siapa tadi”, Damia terkejut apabila disergah oleh Datin Hayati.
“ Oh, Auntie. Dengan kawan Mia. Esok result SPM keluar kalau auntie nak tahu. So tu Mia call dia sebab nak berkumpul dulu ramai-ramai. Takut pulak kalau fikir-fikir balik. Entah elok entak tak result Mia”, Damia tiba-tiba takut.
“ Insyaallah elok. Mia kan anak yang solehah,pandai. Insyaallah Yang Maha Esa tu akan tolong Damia. Nanti, bolehlah kita pergi sama-sama. Auntie dengan uncle pun nak pergi ambilkan result arwah Lisa tu.Walaupun tuan empunyanya dah tiada…..” Datin Yati terbehenti. Kelihatan air jernih mula mengalir dari matanya.
Damia cuba menahan sebak. Dia juga merindui sahabat karibnya, Mellisa.
“Sabarlah auntie . Sedangkat harta benda pun boleh rosak, apatah lagi kita manusia yang bernyawa ni. Mia yakin, Lisa mesti sedih kalau tengok auntie menangis macam ni.”Damia cuba memujuk Datin Yati.
Datin Yati lantas memeluk tubuh Damia dengan erat . Telah dianggap Damia seperti anak kandungnya sendiri. Kehadiran Puteri Damia Batrisha, ternyata memberi sinar baru dalam hidup Datin Yati mahupun Dato’ Zakwan.
“ Auntie, kalau esok auntie dengan uncle temankan Mia pergi ambil result. Siapa pula nanti nak jemput Am di airport ?” tiba-tiba Damia bersuara .
Datin Yati tercengang. Dia hampir terlupa bahawa putera tunggalnya , Amran Haziq akan pulang dari Sabah esok.
“Oh ya tak ya juga…” Datin Yati menepuk dahinya.
“Tak pelah.. Am dah besar.. Dah 20 tahun. Pandailah dia naik teksi.” Datin Yati tersenyum.
“Eh,kasihan pula dia auntie. Apakata kalau auntie dan uncle pergi jemput dia saja. Biar Mia yang naik teksi.”balas Mia lagi sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
“Lah.. Mia jangan risaulah. Lagipun kan esok auntie nak ambilkan result Lisa juga. Kebetulan kamu berdua pun satu sekolah. Am pasti faham. Auntie yakin..” kata Datin Mia lantas mengusap-ngusap kepala Damia.
Damia hanya mengangguk dan tersenyum. Dia harap agar Am tidak kisah dengan keputusan Datin Yati.Dia tidak mahu,kerana dirinya, hubungan Datin Yati sekeluarga renggang. Cukuplah derita yang dialaminya dahulu.
**Kini jam menunjukkan tepat 8.30 malam.
Damia membantu bik Biah mengemas pinggan mangkuk sebaik sahaja selesai makan malam. Sementara itu, Dato’ Zakwan dan Datin Yati pula sedang berbual di ruang tamu sambil menonton buletin semasa.
“Auntie,uncle.. silakan minum.” Damia menyapa mereka lantas menuangkan air kopi ke dalam gelas.
“Thanks.. Mia tak minum sekali ?” pelawa Dato’ Zakwan.
“ Tak pe lah uncle. Mia nak naik atas, siapkan barang untuk esok. Baju tak bergosok lagi tu,”balas Damia lantas melemparkan senyuman kepada Dato’ Zakwan yang telah dia anggap seperti bapanya sendiri .
“Lah.. apa yang susah sangat. Mia minta je tolong Bik Biah. Nanti biar dia je yang tolong ironkan.”kata Datin Yati.
“Eh, tak payahlah auntie. Mia lebih suka buat sendiri. Lagipun sepanjang Mia duduk dekat sini, jarang betul Mia buat kerja rumah . Semuanya dah tersedia.”balas Mia lemah lembut .
Dato’ Zakwan dan Datin Yati hanya menangguk. Damia bangun lantas berlalu pergi.
“Mulia betul hati dia kan bang ?”Datin Yati memulakan bualan.
“Tau takpe. Untung betul arwah mama dan papanya. Sejuk perut arwah mengandungkan dia Sembilan bulan sepuluh hari.”kata Dato’ Zakwan lantas meneguk air kopi yang dibuat oleh Damia.
Datin Yati tersenyum. Menurutnya, sikap Damia tak ubah seperti anak perempuannya, Mellisa. Juga seorang gadis yang lemah lembut,baik hati,rajin dan periang.
Sementara itu, di bilik, Damia sedang menggosok baju kurungnya yang berwarna putih dan berbunga merah jambu. Baju itu sungguh bermakna buat Damia kerana kainnya bukan sahaja dibeli oleh arwah papanya sempena Hari Raya Aidilfitri setahun yang lalu malah baju itu jugalah satu-satunya baju yang dijahit oleh arwah mamanya.
“Mama.. papa..abang! doakan kejayaan Mia..Mia janji Mia akan bawa berita gembira buat semua.”bisik hati kecil Damia.
Air matanya mula mengalir. Teringat ketika dia mengambil keputusan PMR beberapa tahun lepas, mama dan papanya begitu bahagia. Begitu juga abangnya yang sanggup tidak ke sekolah semata-mata mahu menemani adik kesayangannya itu .
‘Kalaulah mereka masih ada..’Damia mengomel bersendirian.
Damia terlena sambil memeluk potret keluarganya.
Datin Yati menolak pintu Damia perlahan. Dia membelai lembut rambut Damia lantas menyelimutkan tubuh kecil Damia dengan selimut berwarna biru lembut . Dahi Damia dikucupnya. Foto yang dipeluk Damia ditariknya perlahan lalu disimpannya ke dalam laci meja.
“Ya Allah.. kau berikanlah sinar hidup kepada puteri ini. Kau kurniakanlah dia kebahagiaan. Sesungguhnya dia memang anak yang baik..” Datin Yati berdoa lantas menutup lampu tidur bilik Damia dan berlalu pergi.
“Sayang, awak dah hantar mesej dekat Am,suruh dia balik naik teksi esok ?”Soal Dato’ Zakwan sebaik sahaja melihat isterinya melangkah masuk ke kamar.
“Astaghfirull hal azim.. belum lah bang. Saya betul betul lupa.” Balas Datin Yati.
“Lebih baik awak telefon sekarang. Nanti mengamuk pula anak kesayangan awak tu .” kata Dato’ Zakwan sambil tersenyum kambing.
“Alah.. awak cakap si Am tu kuat mengamuk. Like father like son !” sindir Datin Yati sambil mengangkat angkat kening halusnya itu .
Datin Yati mencapai telefon bimbitnya lantas mendial nombor telefon Am.
Kedengaran lagu selalu mengalah nyanyian kumpulan seventeen menjadi ringtone telefon bimbit Am.
“Hello !” Am memulakan perbualan dengan mamanya.
“Hello dear.. Am buat apa tu ? Dah siap packing barang ? Esok dah nak berangkat pulang.” Balas Datin Yati dengan lembut .
“Beres, ma ! Mama, maybe Am sampai dekat airport lebih kurang pukul 12 tengah hari. Mama dan papa datang jemput Am kan? Please ma, don’t say NO!” jawab Am lagi.
“Am, actually mama dan papa ada hal sikit esok. So, Am bolehkan ambil teksi je?”balas Datin Yati serba salah.
“What ? Mama kan dah janji… Oklah kalau macam tu..”Am menahan marah.
“Hello.. am.. hello..” suara Am tidak lagi kedengaran.
Tut..tut..tut..tut…
Am mematikan talian.
“Macam mana ? Is everything alright ?” soal Dato’ Zakwan sambil menepuk-nepuk bantal tidurnya.
“No.. Like you said just now.. he’s really angry..” jawab Datin Yati lantas sambil mengeluh. Dia merasa begitu serba salah.
“Kan saya dah cakap.. Anak lelaki awak tu cepat melenting. Macam kerbau. Suka marah-marah. Kenapa awak tak cakap je yang kita nak pergi ambilkan keputusan SPM arwah Lisa.. Kan senang gitu ?”balas Dato’Zakwan kedengaran agak geram.
“Belum sempat saya habis cakap, dia dah matikan line.” Datin Yati semakin runsing.
“Alah.. Biarkanlah budak bertuah tu. Marah dia tu bukannya lama sangat pun. Awak masak je asam pedas pari favourite dia tu, corfirm sejuk balik hati dia nanti.”balas Dato’Zakwan cuba memujuk isterinya.
“Betul juga kan bang. Brilliant. Dah lah,saya nak tidur. Esok pagi-pagi lagi saya dah nak kena bangun. Saya nak masak special untuk anak kita tu. Saya nak masak asam pedas,ikan bakar dengan sotong masak kicap. Dia mesti suka kan bang ?” Kedengaran suara Datin Yati kembali ceria dan bersemangat.
Dato’ Zakwan hanya tersenyum melihat telatah isterinya itu.
Jarum jam ligat berputar 360 darjah. Kini sudah pukul 9.45 pagi. Awal-awal pagi lagi Datin Yati sudah bangun. Makanan untuk Am semua sudah siap dimasak. Damia menghampiri Datin Yati.
“Morning auntie..”sapa Damia perlahan.
“Morning sayang. Amboi cantiknya tuan puteri sorang ni.” Balas Datin Yati terpegun melihat Damia yang begitu anggun mengenakan baju kurung putih berbunga merah jambu. Rambut lurusnya dilepaskan supaya kelihatan lebih ayu.
“Eh, mana adalah auntie.. Mia biasa je.”jawab Damia tersenyum malu.
“Amboi, rancaknya berbual ! Dah siap belum. Jam dah dekat pukul 10 ni. Result keluar pukul 12.00. Nanti lambat pula.” Tiba-tiba Dato’Zakwan menyampuk dari belakang.
“Ya Allah! Tak perasan pula saya. Abang dengan Mia pergilah breakfast dulu. Makanan semua dah siap atas meja.”balas Datin Yati lantas meletakkan apron yang dipakainya di tepi sinki.
“Auntie tak sarapan sekali ?”soal Damia khuatir.
“Its okay lah baby ! Auntie dah makan tadi. Nanti kang meletup pula perut auntie ni. Lari pula uncle kamu nanti.”senda Datin Yati diikuti gelak kecil.
“Merapu lah awak ni Yati. Awak tu, gemuk ke,kurus ke,tinggi ke,rendah ke, cinta saya tetap pada awak.Dari dulu sampailah sekarang hati saya ni tak pernah berubah tau.”balas Dato’Zakwan dengan yakin.
“Yalah tu bang. Saya percaya! Dah lah, Mia pergi makan. Auntie salin baju kejap.”
Damia dan Dato’Zakwan berlalu ke meja makan. Mi goreng udang yang dimasak oleh Bik Biah tadi telah tersedia. Air kopi dituang ke dalam cawan Dato’Zakwan. Damia pula lebih gemar jus oren yang dibeli kelmarin.
Tiba-tiba telefon bimbit Damia berbunyi. Lagu dan sebenarnya daripada penyanyi Yuna yang kedengaran membuatkan mata Dato’Zakwan memandang tajam ke arah Damia.
‘1 message received! Ni mesti Fira.’bisik Damia perlahan.
Hey babe! Kau dah bertolak ? aku on the way nak ke sekolah. Jumpa dekat tempat yang kita janji semalam tau. See ya !
Damia tersenyum sebaik sahaja membaca sms yang dikirim Zafirah. Dia begitu excited. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan kawan-kawannya. Sudah berbulan lamanya mereka tidak bertemu.
“Hai.. selalunya orang cakap,kalau orang yang senyum-senyum depan telefon ni,orang tak waras !”tegur Dato’Zakwan membuatkan Damia berhenti mengelamun.
“Boyfriend hantar sms ya ? Mesti dia dah tak sabar-sabar nak jumpa dengan Mia kan?”kata Dato’Zakwan lagi.
Damia tersenyum simpul,menahan malu.
“Mana adalah uncle. Ni ha,mesej dari member Mia. Dia tanya dah bertolak ke belum. Itu je.”jawab Damia cuba menyakinkan Dato’Zakwan.
“Alah Mia ni.. Uncle tak kisah lah kalau Mia ada buah hati. Uncle pun pernah jadi remaja juga. Biasalah tu,manusia mana yang tak ada perasaan untuk menyanyangi dan disayangi. Betul tak ?”
“Ish uncle ni.. Mia tak de boyfriend lah. Semua tu kawan biasa je. Lagipun arwah papa dulu cukup tak suka kalau Mia bercouple waktu sekolah. Dia bimbang kalau pelajaran terabai.”Jawab Mia lantas membetulkan rambutnya.
Dato’Zakwan hanya tersenyum melihat Damia.
Damia mula teringat akan seorang lelaki yang pernah dia suka satu ketika dahulu. Ketika itu, Damia masih berada di Tingkatan Dua manakala lelaki itu pula dari Tingkatan Tiga.Ketika itu, boleh dikatakan setiap hari, Damia mesti lalu di hadapan kelas lelaki bertuah itu semata-mata untuk melihat lelaki idamannya itu.Tetapi,belum sempat Damia melafazkan kata cintanya,lelaki itu telah pun berpindah sekolah.Menurut salah seorang kawan Damia,Faris, lelaki itu telah berpindah ke England kerana mengikut keluarganya yang mempunyai urusan bisnes di sana.
“Damia.. Damia.. hello Damia !!” sapa Datin Yati.
“Eh,auntie.. Bila auntie sampai..Erk,I mean bila auntie turun?”tanya Damia terkejut.
“Damia..Damia.. Auntie dah siap makan sebiji karipap ni tau. Damia ni kenapa ? Damia takut tunggu result nye ?”soal Datin Yati.
Damia menggeleng.
“Tak lah. Damia teringat dekat kawan-kawan Mia. Dah lama Mia tak jumpa diaorang.”balas Damia.
“Lah.. Kalau macam tu,Mia habiskan makanan Mia tu cepat. Kawan-kawan Mia mesti dah lama tunggu. Auntie yakin, mereka pun pasti tak sabar menunggu Mia.”balas Datin Yati lantas membetulkan tudungnya di hadapan cermin.
**Kedengaran keadaan di kedai nasi lemak,tempat di mana Damia dan rakan-rakan akan berkumpul riuh-rendah kerana masing-masing sibuk bertukar cerita setelah sekian lama tidak bertemu. Suasana berubah menjadi sepi tatkala sebuah kereta Mercedes Benz SLR 722 berwarna hitam metallic berhenti betul-betul di hadapan kedai itu. Suasana mata merenung tajam ke arah kereta itu untuk melihat gerangan empunya kereta. Apa yang membuatkan mereka lagi terpegun apabila Damia mula melangkah keluar dari perut kereta itu. Kesemua rakan perempuan Damia menjerit kegirangan kerana dalam banyak-banyak teman, Damialah rakan yang paling baik dan sepi tanpa sebarang berita. Manakala rakan-rakan lelakinya pula ternganga apabila melihat Damia yang semakin ayu. Ada juga yang dicubit oleh teman wanita masing-masing kerana mata mereka tidak lepas dari memandang Damia.
“ Ya Allah, Damia. Kau dah berubah sangat. Kau makin cantik. Aku sukalah tengok kau”, Zafirah memulakan bicara.
“ Mana ada Fira. Aku biasa jer lah. Maybe rambut aku dah panjang sikit. Tu yang kau nampak aku lain tu”, Damia membalas.
“ Alah..amoi chantek ni rendah diri pulak. Sumpah kau lawa sekarang Damia. Rugi gila Faris”, tiba-tiba nama Faris disebut oleh Hariri, bekas ketua kelas Damia dan merupakan satu-satunya kawan lelaki yang paling rapat dengan Damia.
“Hishh..kau ni, tu cerita lama lah bai. Sekarang ni aku tengah tunggu Joe Jonas. Kan Fira?”, Damia mula memasang angannya.
“Toooolong lah. Dalam mimpi kau jer lah sis. Perasan lebih pulak”, kata Fira sambil mencubit pipi Damia.
Damia mengusap pipinya yang gebu akibat cubitan Fira. Tiba-tiba Datin Yati dan Dato’ Zakwan menghampiri Damia yang kelihatan sangat gembira apabila bersua muka dengan rakan-rakan sekelasnya dahulu.
“Eh,auntie..uncle..Guys ni Dato’ Zakwan dan Datin Hayati..parents kawan kita Mel..”, belum sempat Damia memberitahu nama arwa,Hariri menyampuk.
“Mellisa kan? Ni parents arwah kan?”, suara Hariri kedengaran agak mendatar dan bergetar menahan sedih.
“ Ya nak. Kami parents arwah. Kamu semua janganlah bersedih. Kejap lagi dah nak ambik result. Relax-relax kan minda kamu tu. Baiklah auntie dan uncle nak masuk dewan dulu. Jumpa dengan guru-guru kamu lepas tu nak ambik result. Kamu semua pun janganlah lama sangat lepak-lepak kat sini. Nanti tak sempat pulak nak berterima kasih dan kongsi gembira dengan cikgu-cikgu”, nasihat Datin Yati.
“Yang.. abang nak tanya ni. Since when pandai jadi motivator ni? And macam mana kongsi gembira? Sorang ambik ‘kong’ sorang ambik ‘si’ yer? Jadilah Gong Xi Fa Cai”, Dato Zakwan cuba buat lawak yang agak sengal.
“Orang tua ni. Merepek pulak. Tulah semalam saya dah kata..kan.. jangan makan banyak sangat kerepek yang Bik buat tu. Awak degil. Sekarang awak mereeepek jer dari dalam kereta tadi sampai laaa ni”, Datin Yati geram dengan sikap suaminya umpama kanak-kanak Ribena plus Lemon.
Kesemua mereka tersenyum melihat gelagat kedua orang tua arwah Melissa yang tetap bahagia walau diuji dengan kehilangan orang yang teramat disayangi mereka.
“Dahlah bang. Moh lah kita naik ke dewan. Tengok muka budak-budak ni pun dah tahu kita ganggu perbualan dia orang yang sampai setahun tak habis”, Datin Yati dan Dato Zakwan terus berlalu.
“Tak adalah auntie. Kami suka tengok auntie berdua”, jerit Hariri usai sahaja Datin Hayati dan Dato’ Zakwan melangkah masuk ke pagar sekolah.
“Perghhhh..tegur mak mertua tak menjadi ye Hery”, Fira mula mencucuk ‘jarum’.
“Woi.. tak baik owww..Arwah dah dia.. Lagipun aku sekarang dah ada lain. Mellissa tu kenangan terindah aku je.. kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku”, Hariri menyanyi bagi menutup kesedihannya.
“Phewitttt… sedap siot. Kalo tak nyanyi lagiiii sedap”, peril Zafirah. Damia hanya menjadi pemerhati setia melihat gelagat kedua-dua rakannya.
Tatkala Damia menjadi pemerhati, dia disergah oleh Zafirah..
“ Eh, Mia macam mana kau boleh datang sekali dengan parents arwah Mel sedangkan kau cakap kau tak pernah kenal pun parents arwah”, Zafirah kehairanan.
Damia mula menceritakan perihal yang berlaku ke atas dirinya kepada Zafirah memandangkan Zafirah lah rakan yang paling dipercayainya selepas Mellissa. Dan mereka menjadi semakin rapat apabila Zafirah selalu membantunya supaya tabah menghadapi suasana tanpa Melissa.
Belum sempat Damia menghabiskan cerita apabila dia tinggal bersama Datin Hayati dan Dato’ Zakwan, Hariri dan yang lain mengajak mereka untuk beransur ke dewan Royal Ash Burn School kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari. Lantas Damia berjanji akan mencertikan hal selanjutnya di dalam telefon. Mereka terus bergegas menuju ke dewan.
“Alhamdulillah Fira aku dapat 10A1..Ya Allah aku bersyukur sangat-sangat. Kau?”, Damia menangis kegembiraan.
“Aku Alhamdulillah dapat 10 A jugak tapi 9A1 1A2.. tapi aku tetap bersyukur Mia sebab Allah tolong aku”, mereka melompat-lompat kerana terlalu gembira seraya menuju mendapatkan Hariri.
“Hery. How was your result?”, Damia bertanya.
“ Aku dapat 9A1 1B3..kantoi sejarah. Tapi aku tetap happy sebab sejarah aku selama ni D. hahahaha..”, lantas mereka terus bersalam dengan guru-guru mereka dan disertai dengan ucapan terima kasih serta diselangi dengan ucapan tahniah yang bertubi-tubi kepada Damia, Zafirah dan Hariri.
“Auntie Lisa punya result macam mana?”, Damia bertanya kepada Datin Hayati selepas Datin Hayati berjaya ditemui.
“ Lisa dapat 10A1. Alhamdulillah. Kalau dia ada sekarang ni. Mesti gembira sangat-sangat. And mesti dia mintak auntie buat kenduri doa selamat plus mintak laptop. Tahniah buat kamu juga. Auntie tahu kamu boleh. Sekarang buktinya kan? Lepas ni auntie nak celebrate lepas tu malam besok auntie nak buat kenduri doa selamat buat kamu dan kenduri tahlil buat Lisa. Tahniah lagi sekali Mia”, Datin Hayati sudah mula merancang.
“ Terima kasih Mama..”, Damia tersasul..”Errr..maksud Mia auntie”, dia cuba membetulkan semula panggilannya.
“Kamu ni. . From now on.. call auntie mama. Biasa-biasakan sebab Mia sekarang anak auntie. Faham?”, pinta Datin Hayati.
“Baiklah auntie..err mama”, Damia agak kekok tapi dia sangat gembira keran dapat berkongsi dengan ‘mama’nya.
Damia telah dibawa ke restoran eksklusif bagi meraikan kejayaannya dalam peperiksaan SPM. Damia sangat bahagia dengan suasana ini sedangkan Am masih lagi di airport mencari-cari teksi untuk membawanya pulang.
Damia, Datin Hayati dan Dato’ Zakwan tiba di rumah tepat pukul 9.00 malam. Kelihatan bagasi dan kasut Am di muka pintu menandakan Am sudah pulang. Namun mereka kehairanan kerana bagasi Am masih lagi di muka pintu tanpa diambil oleh Bik Biah.
“Am,sayang mama. Mana kamu? Mama dah balik ni. Bik kenapa tak ambil beg Am ni?”, Datin Hayati menjerit memanggil Am dan Bik Biah. Kelihatan Bik Biah terkedek-kedek datang mengambil bagasi Am.
“Maaf puan. Am baru sahaja sampai rumah. Sekarang dia tengah mandi. Tu yang saya tak ambil bawak naik beg ni lagi”, terang Bik Biah.
“Apa?!! Baru sampai? Kenapa lewat sangat?”, Datin Hayati terkejut.
“Mana tak lewat kalau parents sendiri lebihkan hal dia dari hal anak sendiri”, kedengaran suara Am.
Perlahan-lahan Am yang persis seperti pelakon Taiwan,Wu Chun itu menuruni anak tangga.
“Bukan tak kisah Am. Sebab kisahkan hal anak lah papa dengan mama kamu ni tak dapat nak ambilkan kamu. Kami pergi ambil result Lisa”, Dato’ Zakwan tiba-tiba menyampuk kerana merasakan jawapan anak tunggalnya itu agak kasar.
“Takkan sampai malam macam ni baru nak balik”, belum sempat Am atau Dato’ Zakwan melanjutkan pertengkaran mereka, tiba-tiba Damia melangkah masuk ke dalam rumah banglo yang tersergam indah itu. Lantas mata Am memandang tajam ke arah Damia umpama harimau kelaparan.
“Mama, papa ni siapa pulak? Anak baru ke? Anak baru ada lupa anak lama”, Am mula berkeras.
PANGGG…sebuah penampar hinggap di muka Am.
“Kamu jangan biadap ye,Am. Mulai hari ni dia adik kamu. Hormati dan sayangi Damia macam dia ni Lisa”, arah Datin Hayati.
Am menahan sakit di pipinya. ‘Oh Damia rupanya. Kau tak boleh ganti Lisa dan tak akan jadi Lisa’, Am bermain dengan kata hatinya.
“ Dah, Mia pergi masuk bilik”, Datin Hayati mengarah lagi.
Damia lantas bergeas ke kamarnya kerana terkejut dan takut dengan insiden tadi. Tidak pernah dilihatnya Datin Hayati begitu marah. Namun Damia cuba bertenang dan segera mandi membersihkan diri kerana dia harus solat isyak dan solat sujud tanda bersyukur dengan kenikmatan yang diberi-Nya.
‘Tak malu punya perempuan. Kau betul-betul nak gantikan Lisa ye. Kita tengok sejauh mana’, Am terus-terus bermonolog.
p/s: bagaimanakah keadaan Damia selepas ini. Adakah Am akan menjadi pengalaman hitam buatnya? Adakah Am akan menerimanya? Tunggu bab seterusnya,
Sunday, May 10, 2009
3 + 1 ( BAB 5 )
Posted by mini at 9:06 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment