CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 17, 2009

3+1(bab 6)

Kelihatan Dato’ Zakwan dan Datin Yati sedang bersarapan di meja makan. Bihun goreng dan jus oren telah tersedia di atas meja makan beralas kaca yang diimport dari Itali itu .

“Am dan Mia mana ? Tak turun breakfast sekali ke ?” Dato’Zakwan memulakan bicara.

“Mia tengah mandi. Kejap lagi turunlah dia. Am pulak, bukan abang tak tahu,dia tu masih angin lagi dengan saya.Lagi-lagi lepas saya tampar dia semalam.” Balas Datin Yati agak beremosi.


“Haishhhhhhh…” Dato’ Zakwan mengeluh panjang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.


“Apa nak jadi dengan Am tu ? Dari dulu sampai sekarang asyik nak melenting je. Entah apa silap didikan kita,saya pun tak tahu.”sambungnya lagi lantas meneguk segelas jus oren.


“Dato’..Datin !!”tiba-tiba kedengaran suara Bik Biah. Kelihatan dia sedang berlari-lari anak menuju kea rah Dato’ Zakwan dan Datin Yati.


“Ini kok dato’..datin ! Saya lupa mahu bilang.Am ada pesanin yang dia mahu keluar sebentar.”kata bik Biah termengah-mengah. Bahasa Indonesianya begitu pekat kedengaran walaupun sudah hampir sebelas tahun dia berkhidmat di Malaysia.



“Keluar ?? Pagi-pagi macam ni ? Dia pergi mana ?” jerkah Datin Yati. Dato’ Zakwan yang sedang menjamu selera tadi tersedak-sedak akibat terperanjat mendengar jerkahan isterinya yang tercinta itu.




“Erk..erk.. Enggak tahu kok Datin. Dia enggak mahu bilang ke mana dia pergi. Bimbang kok saya, jika dikerah terus, takut-takut saya pula yang dimarahinnya.”balas Bik Biah tergagap-gagap.



“Tak pelah kalau macam tu.Nanti kalau dia dah balik, bik inform kan pada saya.”Dato’Zakwan menyampuk enggan mengeruhkan lagi suasana. Bik Biah yang telah berusia lebih kurang 50-an itu sekadar mengangguk lantas terus kembali ke dapur.
Sebaik sahaja selesai bersarapan, Dato’Zakwan dan Datin Yati bergegas ke pejabat. Dato’ Zakwan mempunyai sebuah syarikat seni bina manakala Datin Yati pula mempunyai sebuah busana muslimah di sekitar ibu kota.



Sementara itu, Damia masih lagi mengurung diri di dalam bilik. Masih lagi segar dalam ingatannya tentang peristiwa yang berlaku malam semalam. Itulah kali pertama Damia melihat Datin Yati begitu marah.


“Ya Allah,kalau benar aku bersalah,kau ampunilah aku. Sesungguhnya tidak terlintas langsung di hatiku untuk merosakkan hubungan baik keluarga ini,”doa Damia perlahan.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan.

Tuk..tuk..tuk!!!



“Masuk!”kerah Damia.


Kelihatan Bik Biah di hadapan muka pintu sedang menatang dulang berisi bihun goreng dan segelas air milo.Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke kamar Damia.

“Ish,bibik ni! Susah-susah je.. Kan Mia boleh ambil sendiri.”Damia serba salah.



“Enggak apa-apa kok. Memang udah kerjanya bibik kok,”balas Bik Biah lantas membantu Damia mengemas katil.


“Koknya kamu menung aja? Ayuh makan dong. Nanti dingin makan itu !”kata Bik Biah lagi.


“Eh,nothing lah bik..Mia cuma terfikir insiden semalam. Agak-agaknya Am masih marahkan Mia lagi ke?”Muka Damia berubah menjadi masam mencuka.


“Kenapalah hidup Mia ni tak habis-habis nak susahkan orang?? Mula-mula, Kak Amy dengan Sam, lepas tu Dato’ Zakwan dan Datin Yati and now Am pula, Kan lebih baik kalau Mia mati saja ?”ucap Damia kesal.


Sebak hati Bik Biah mendengar luahan Damia.


“Sabar ya Mia. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya kok. Allah itu kan Maha Adil,masakan dia mahu terus turunin bencana kepada hambaNYA terus? Bibik percaya kok, setiap insan yang ikhlas,rajin berdoa,kuat semangatnya pasti akan dibantuin oleh Allah kelak. Naaah enggak usah sedih-sedih kok!”nasihat Bik Biah sambil menggosok-gosok belakang Damia cuba menenagkan hatinya.


“Tapi bik….” Belum sempat Damia menghabiskan kata-katanya Bik Biah bangkit dari katil dan berlalu ke muka pintu.

“Usah mikirin terus dong . Ingat pesan bibik,jangan putus asa. Chaiyok!!Chaiyok!!”pesan Bik Biah lantas meninggalkan Damia. Damia tergelak kecil kerana Bik Biah berbahasa Korea kerana sentiasa mengikuti cerita-cerita Korea.
Katanya lelaki-lelaki Korea ‘ganteng’ terutamanya lelaki dalam cerita Boys Over Flower.



“Betul kata bik Biah. Allah itu Maha Adil.DIA pasti tolong aku. Aku yakin !” Damia bermonolog sendirian. Dia menjamu bihun goreng yang dibawa oleh bik Biah tadi.



*Jam kini menunjukkan tepat pukul 12.30 tengah hari. Kelihatan pintu di ruang tamu terbuka luas. Amran sedang menyimpan sport shoes jenama Adidas yang baru dibelinya di Sabah ke dalam rak kasut. Helmet hitamnya dibiarkan di tepi pintu.



“Eh, Am ! Baru balik ?” Sapa Damia cuba berbaik dengan Am.
Am terperanjat melihat Damia. Mahu saja dia keluar semula dari rumah tapi entah kenapa kakinya kaku seperti digam. Wajahnya begitu bengis. Jari-jemarinya digenggam kemas.


“Apahal kau sibuk-sibuk hal aku ha?!”jerkah Am.
Damia terkejut mendengar jerkahan Am. Wajah Am tak ubah seperti harimau jantan yang kelaparan.


“Mia tanya je.” Jawab Mia selamba.


“Ah.. Tak payah kau nak pura-pura ambil berat tentang aku.”tengking Am lagi.
Air mata Damia mula membasahai pipi.


“Mia tak pernah pura-pura. Niat Mia ikhlas nak berbaik dengan Am..”Jawab Mia perlahan.


“Oh.. nak berbaik tengkorak kau! Disebabkan kau aku hilang kasih sayang dari mak bapak aku. Tu kau kata baik ? Damn you!”Am mengamuk. Sweater putihnya dibaling ke muka Damia..


Damia terduduk…


“Sumpah Mia tak berniat nak rampas mama atau papa. Mia cuma nak menumpang kasih sayang.Itu saja!If you don’t care,I want you to be my brother.”Jawab Damia sambil menangis teresak esak . Air matanya semakin laju mengalir.



“What the hell ? Tumpang kasih sayang ? Kenapa ? Mak bapak kau dah tak mampu nak hadapkan kau kasih sayang lagi ? Atau kau ni sebenarnya cuma anak pungut yang tak tahu dari mana asal-usulnya?”hina Am. Kali ini,kata-kata Am cukup menyakitkan hati. Damia yang dari tadi terduduk terus menangis dan menangis. Sebak di dadanya Cuma DIA saja yang tahu.



“Astaghfirullah,Am!! Mia admit.. Mia memang menumpang dekat sini. Memang papa Am kutip Mia tinggal dekat sini. Tapi asal Am ingat, Mia pun ada maruah. Sakit telinga Mia, bila Mia dihina sebegini rupa.Apa sebenarnya salah Mia pada Am ?”balas Damia sambil menepuk-nepuk dadanya menahan amarah.


“Oh.. Kau tanya aku apa salah kau ? Disebabkan kau mama papa tak datang jemput aku dekat airport.. disebabkan kau jugak mama yang tak pernah-pernah marah aku boleh lempang aku semalam. And now,kau buat-buat tak tahu apa salah kau ya ?” Am semakin marah.


Damia tersedu.


“Baiklah Am.. Kalau Am rasa Mia bersalah. Mia minta maaf!” Mia memohon maaf. Dia tidak mahu terus bertikam lidah dengan Am. Nak tak nak dia tetap harus mengalah juga. Jadi lebih baik dia menyerah sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi.



Damia baring di atas katil. Bantal kecil berwarna merah jambu dipeluknya erat.


“Mama,papa,abang? Kenapa semua tinggalkan Mia?Kenapa Mia harus tanggung semua penderitaan ini ? Apa salah Mia? Besar benarkah dosa Mia?”bisik hati nurani Damia yang tiba-tiba teringat akan orang tua dan abangnya. Ditatap lama foto keluarganya. Air matanya terus membanjiri pipi gebunya. Berkali-kali Damia mengucup foto di tangannya.

Sementara itu, Amran pula sedang sibuk membaca majalah ROTWW mengenai band kegemarannya, Meet Uncle Hussain di ruang tamu. Entah kenapa hatinya tidak tenang. Rasa bersalahnya terhadap Damia membuatkan fikirannya bercelaru.

“Ish.. kenapa pulak aku fikir tentang perempuan tak guna tu ?”bisik Amran cuba menenangkan fikirannya. Am memicit-micit kepalanya yang tidak sakit itu. Tiba-tiba lamunannya terhenti setelah disapa oleh Bik Biah.

“Am!!”sergah Bik Biah.. “Ini bik bawain minuman. Mudah-mudahan hati kamu itu jadinya lebih tenang,lebih dingin.. Enggak kayak sekarang, marah-marah itu enggak cocok buat anak muda seperti kamu .”kata Biah Biah panjang lebar.

Am mencapai gelas minuman yang berisikan air bandung itu dari tangan Bik Biah. Diteguknya perlahan-lahan.

“Bik..”Am memanggil dengan lembut. “ Am nak cakap sikit… boleh ?” katanya lagi.


“Bisa aja dong ! Ayuh lekas !” Bik Biah tersenyum lantas duduk di sebelah Am.


“Dari mana perempuan tu datang? I mean dekat mana papa jumpa dia ?” soal Am.


“Maksudnya Damia? Ceritanya panjang kok..” Bik Biah memulakan cerita dari “A” hingga lah “Z”.Dimulakan dengan kematian ibubapa serta abang tunggalnya. Kemudian, kisah Damia yang sering didera teruk oleh saudaranya Amy dan Sam. Seterusnya, peristiwa hitam yang hampir menggadaikan maruah dirinya iaitu ketika Amy dan Sam bercadang mahu menjualnya.Diceritakan satu persatu.

Am yang dari tadi khusyuk mendengar cerita Bik Biah terkejut beruk. Barulah dia tahu betapa sulitnya kehidupan Damia sebelum ini.


“Ya Allah.. Apa aku dah buat ? Tergamak betul hati aku !”Am berbisik sendirian.


“Tumben.. Kenapa kamu nanyain ?” bik Biah membuatkan Am berhenti mengelamun.
Am hanya menggeleng-gelengkan kepalanya,cuba berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara dia dan Damia.


“Oh.. Kalau gitu, bibik permisi dulu dong !” Bik Biah cuba berlagak bodoh. Padahal dialah orang pertama yang tahu bahawa Am tidak begitu selesa dengan kehadiran Damia di rumah banglo dua tingkat ini.

(*Di bilik Am)

Fikiran Amran Haziq terus dan semakin bercelaru.Mahu saja dia berjumpa dan memohon maaf dengan Damia. Namun, sifat ego lelakinya mengahalang Am untuk berbuat demikian.Amran tidak senang duduk. Mahu keluar tetapi tiada mood,mahu makan namun tiada selera,mahu tidur tapi entah kenapa matanya tidak terasa berat. Rasa bersalah terus menghantui dirinya.
Teringat kata-kata ustazahnya, Puan Zati dahulu, “Kita tidak boleh menyeksa dan menzalimi anak yatim. Ingat murid-murid, berdosa besar jika kita menyakiti mereka! Sebab Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w adalah anak yatim. Sebab tulah anak yatim begitu mulia di sisi Allah dan harus dipelihara.”



“Ya Allah, aku berdosa dengan dia. Aku bersalah.. Aku dah maki hamun dia, aku kutuk dia.. Aku memang manusia kejam! Sama juga macam aku benci Nabi! Aku mesti cepat minta maaf sebelum Nabi sendiri tak nak mengaku aku umatnya.”Amran mencemuh dirinya sendiri.


Dipukul kepalanya bertubi-tubi dengan menggunakan bantal berbentuk Bubbles,iaitu salah satu watak dalam The Powerpuff Girls.Bantal itu dihadiahkan oleh bekas kekasihnya sempena ulangtahunnya yang ke 17tahun.


“Ah..pedulikanlah.. Lambat laun dia mesti boleh maafkan aku jugak! Tapi… kalau umur aku tak panjang,belum tentu aku sempat minta maaf dengan dia..!Dia pun satu hal jugak. Kenapalah dia tak bagitahu aku awal-awal tentang kisah silam dia. Kalau tak, impossible lah aku buat dia macam ni ..”Am mengomel lagi.
Sengaja diapasang radio kuat-kuat. Kebetulan lagu kegemarannya Lagu Untukmu daripada Meet Uncle Hussain sedang dikeudarakan.



“Tiada bintang… dapat menerangkan hati yang telah dicelah bagai ku lumpuh tak mampu berdiri aku..”Am mengikut nyanyian Lan perlahan-lahan. Dia cuba untuk menenangkan hatinya tetapi ternyata dia gagal .



“ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH…………..”Am menjerit sekuat hati,terkeluar suara matangnya.

Amran cuba berlagak tenang sehingga dia terlena.



Sementara itu, Damia yang dari tadi termenung mula memikirkan cara untuk mengambil hati Am.Teringat dia ketika sambutan ulangtahun kelahiran abangnya,Danish dahulu. Damia telah membuat sebiji kek coklat sebagai kejutan buat Danish.



“Hurmm.. Mungkin dengan cara ni,hati Am akan sejuk… Ahhh! Tapi tak mungkinlah.. malapetakalah jawabnya kalau seekor musang boleh berubah jadi seekor anak kucing.”Damia berfikir sejenak.


“Tapi,bab kata arwah papa,belum cuba belum tahu,dah cuba barulah tahu!! Lagipun
inikan Puteri Damia Batrisha,seorang yang pantang menyerah kalah sebelum berusaha!
Semangat!!”ngomel Damia sendirian sambil tersenyum bangga.


Damia sikit pun tidak perasaan bahawa Am yang baru bangun tidur itu sedang memerhatikannya dari depan muka pintu. Kebetulan Damia tidak menutup pintu biliknya apatah lagi menguncinya.


“Budak ni bersemangat betul. Saling tak tumpah macam arwah Lisa dulu.” Bisik Amran lantas berlalu pergi.


Ketika Am sedang menggilapkan scooternya, kelihatan Damia sedang menyarung sepatu berjenama VISS.


“Woi! Kau nak ke mana panas-panas terik ni ?”Am menyapa Damia dari jauh.


“Mia nak ke kedai kejap. Nak beli barang sikit .” balas Damia lembut sambil membuka payungnya.


“Ke kedai ? Kau tahu ke jalan dekat sini ?”soal Am dengan wajah serius.
Damia sekadar mengangguk.


“Jom!! Biar aku hantarkan kau!”balas Am lagi.
Damia tersentak. Berkali kali dia menampar-nampar pipinya perlahan . Dirasakan seperti mimpi saja.


“Tak payahlah , Mia boleh jalan sendiri.”Damia cuba jual mahal takut dicop perempuan tak tahu malu pula nanti.


“Alah.. Kau tak payah cuaklah dengan aku. Aku ni bukannya harimau yang nak baham manusia. Dahlah,FASTER !!” desak Am lagi.
Damia berbisik di dalam hati “Rezeki jangan ditolak,bala jangan dicari.. Lets go bebeh !!”


Damia pun mencapai helmet yang dihulurkan Am lantas menyarungkannya ke kepala.
Perlahan-lahan scooter yang ditunggang oleh Am meninggalkan banglo mewah itu.

Setelah hampir setengah jam menunggu Damia, akhirnya Am terlena di atas scooter Modenasnya. Setiap yang lalu lalang pasti tak terlepas pandang melihat Am. Kadang-kadang dengkurannya kuat kedengaran.


“Am.. Am…” Damia mencuit-cuit bahu Am.

“AMMMMMMM!!!”Am terkejut mendengar jeritan Damia. Suaranya tak ubah seperti pontianak yang sedang mengilai.


“Eh, kau dah siap ?”soal Am sambil membeliakkan biji matanya menahan mengantuk lantas mengelas air liur basi di pipinya.


“Dah!”jawab Damia seraya menunjukkan dua bungkusan plastik.


“Mak oiii!! Banyak betul kau borong ! Kenapa tak angkut satu kedai je ? Kalau boleh, kau angkut dengan tuan kedai sekali.”usik Am diikuti ketawa kecil. Am membantu Damia menyarungkan topi keledar .


“Alah.. bukan selalu pun shopping barang dapur sampai macam ni..Dahlah jom balik!” balas Damia sambil tersenyum sinis melihat perubahan Am.


“Lah.. Tak kan nak balik dah kot? Baru pukul berapa ! Apa kata kalau kita minum ABC dulu.”Am memberi cadangan.



Belum sempat Damia memberi kata putus, Am telah menghidupkan enjin motornya dan terus memecut ke sebuah warang di tepi taman permainan.Walaupun warung makanan di warung ini tidak semewah di restoran lain, tapi entah kenapa anak usahawan berjaya ini gemar benar lepak di sini.



“Mak cik.. ABC SPECIAL dua !!” jerit Am meminta pesanan.


“Nilah port lepak favourite aku.. Kalau aku bosan, tak de keje kat rumah.. Aku mesti datang sini. Kiranya warung ni dah jadi rumah kedua aku lah.. Kadang-kadang aku lepak dengan member aku tapi bila time aku tak cukup bajet aku lepak sorang-sorang je..”Am memulakan bicara.


Damia hanya tersenyum.Dia tidak tahu mahu berbual tentang apa.

“Hoi !! Apahal kau termenung?? Makanlah. Kang cair pulak ABC ni..”Am menyergah Damia yang sedang asyik mengelamun.


“Eh, dah sampai? Bila ABC ni sampai ? Kenapa Mia tak perasaan ?” Damia terkejut. Dia langsung tidak sedar ABC yang dipesannya tadi telah siap terhidap di depan mata.


“Mana nak perasan, kalau fikiran asyik melayang ke London je !” Am cuba berjenaka .
Damia tergelak kecil.


“Pelik pulak perangai mamat ni? Asal dia tiba-tiba berubah ? Kena sampuk ke apa ?”bisik Damia sambil mencedok ABC specialnya.

“Aku minta maaf” Tiba-tiba Am memecahkan suasana.


“Hah?”Damia pura-pura seolah-olah tidak dengar .


“Aku minta maaf .. Before this, aku selalu sangat maki hamun kau, kutuk kau and macam-macam lagi lah. Seriously,sebenarnya aku sikit pun tak berniat. I’m so sorry Mia!” Am berkata lagi. Kali ini wajah Am yang mirip Wu Chun itu benar-benar menunjukkan seribu satu kejujuran.Matanya yang berwarna coklat itu tidak kelihatan seperti menipu.

“But why ?”Damia cuba mendapatkan kepastian. Dia seperti tidak berpuas hati selagi tidak tahu bagaimana sikap Am boleh berubah dengan begitu pantas.

“Actually, I know everything about you. Dari peristiwa kemalangan jalan raya sehinggalah sebab papa bawak kau balik.I’m so sorry! If I can turn back the time,sure I’ll do.. So that, tak payahlah aku marah-marah and tengking-tengking kau . For the last time, kau sudi tak maafkan aku .”balas Am lagi. Kali ini kelihatan mata Am mula berkaca.


“Its okay. Mia tak kisah. Lagipun, Mia faham sangat perasaan Am.. Start from today, kita KAWAN !”Damia menghulurkan tangan untuk berjabat tanda membuka kisah baru.

“No..no..no.. Kita bukan kawan,kita bukan bestfriend.. Tapi kita adik beradik !” Am membalas salam Mia.Damia tersenyum. Dia berasa sungguh gembira.



“Oh,before I forget, I got something special for you!”Am mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna silver.


“What’s this ?”Damia kehairanan. Dia menggoncang-goncang kotak tersebut.


“Bukak je lah..” balas Am sambil tersenyum.


“Oh my GOD! Rantai ?? Tapi untuk apa ?” Damia terkejut melihat seutas rantai emas putih.

“Rantai ni dulu abang belikan untuk Lisa. Tapi memandangkan Lisa dah tak de, and abang pun dah ada adik baru, so tak salah rasanya kan ? Pakailah..”Tiba-tiba sahaja Am membahasakan dirinya “abang”.



“Okey..okey.. Mia faham! Tapi “abang”?” Damia agak tergamam apabila Am menggunakan perkataan abang.


“Lah.. Tak elokkan kalau adik beradik cakap aku kau?”Am tersenyum.


“Okey Am! Opss.. ABANG !!” Damia dan Am ketawa serentak.


Tiba-tiba belakang Am ditepuk oleh seseorang.

“Eh, Kael!!”Am terkejut . “ Kau buat apa kat sini bai?”soal Am.

Adi Mikael Az-Zaffran,atau lebih mudah dipanggil Mikael merupakan sahabat karib Am sejak kecil lagi.Wajah Mikael tidak ubah seperti pelakon antarabangsa Alex Pettyfer. Maklum sahaja,ibunya berketurunan Cina Belanda bapanya pula Melayu.Tidak hairanlah kalau Mikael menjadi lelaki terhangat di pasaran.


“Aku saja pusing-pusing kat sini. Kebetulan Nampak kau. Ehem.. awek kau ke tu ?”usik Mikael sambil menjeling-jeling mata ke arah Damia.


“CUNNNN!!”sambungnya lagi.


“Eh,tak lah.. adik baru aku. Baru lahir semalam.”Am ketawa kecil.


“Oh.. Adik ? Tak nak kenalkan dekat aku ke ?”soal Mikael lagi.


“Lah.. Nak kenal ?? Hahaha.. Oklah.. Mia kenalkan Mikael, Kael kenalkan Damia!”Am memperkenalkan Damia kepada kawannya Mikael.


“Hai, saya Adi Mikael Az-Zaffran.. Panggil je Kael ! Kalau panggil abang pun tak pe..hehehe.”kata Mikael perlahan sambil mengenyitkan matanya.


“Damia.. Puteri Damia Batrisha.”balas Damia sambil tersimpul malu.

p/s : Apakah Damia akan terus merasa kebahagian ? Dan apakah Adi Mikael akan menjadi seseorang yang cukup istimewa dalam hidup Damia. Nantikan 3+1(bab 7)

0 comments: