CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 31, 2009

3+1(bab 7)

Sebaik sahaja selesai menghabiskan sarapan yang tersedia, Dato’ Zakwan dan Datin Yati masing-masing bergegas ke tempat kerja. Biasanya jam sebegini dia sudah ke pejabat, entah macam mana mereka boleh terjaga lewat pula hari ini. Barangkali mereka terlalu letih kerana masing-masing terlalu sibuk di pejabat semalam.


“Bibik.. oh bibik..”teriak Datin Yati pagi-pagi buta. Dato’Zakwan yang sedang memakai stoking sekadar melihat gelagat isterinya itu.


“Ya Datin!!” perlahan-lahan bik Biah menghampiri majikannya itu.


“Ambil duit ni untuk beli barang-barang dapur.”kata Datin Yati menghulurkan enam keping wang kertas berjumlah RM 50.00.


“Masyaallah.. Koknya barang dapur masih ada, yang udah kehabisan hanya roti,ayam sama ikan kok..Masaknya wangnya besar kayak gini dong..”balas bik Biah kehairanan.


“Alah,sekali-sekala… Kalau ada baki, pulang balik. Bibik belilah makanan ringan sikit. Manalah tahu,si Am dengan Mia tu rasa nak mengunyah.”kata Datin Yati lembut.Bik Biah sekadar tersenyum lantas kembali menyambung kerjanya di dapur.


Ketika Datin Yati dan Dato Zakwan melangkah keluar, mereka terperanjat melihat Am dan Mia yang sebelum ini tak ubah seperti anjing dengan kucing, tiba-tiba kelihatan sedang mencuci motor bersama.


I wanna make up right now na na na.. Wish we never broke up right now na na na….


Dua beradik itu kelihatan mesra. Datin Yati dan Dato Zakwan saling berpandangan. Mata mereka tertumpu tepat ke arah Amran Haziq dan Damia Batrisha.


“Amboi.. amboi !! Ceria anak mama hari ni. Mimpi apa semalam ?” Datin Yati menyapa.

“Eh, mama.. papa!”Damia terkejut. Cepat-cepat dia menutup paip air dan
memperlahankan volume telefon bimbitnya.


“Do you have anything to tell us ?”Dato Zakwan ingin tahu bagaimana mereka berdua boleh berbaik secara tiba-tiba.


“Mama.. papa !!”Am menyampuk halus.

“Mulai hari ini, saat ini, detik ini, mama dengan papa dah boleh percayakan Am hundred percent. Am dah boleh terima kehadiran Damia dekat rumah kita. Am pun dah anggap Mia macam adik Am sendiri. Am janji, Am akan jaga Mia macam Am jaga arwah Lisa dulu. Am akan sayang Mia macam Am sayangkan mama,papa dan Lisa.”sambungnya lagi. Matanya membuktikan seribu satu kejujuran.


“Syukur,Alhamdulillah.. Tak sia-sia doa mama selama ni. Akhirnya, termakbul juga. Harapan mama untuk tengok Am dan Mia berbaik terlaksana juga.”kata Datin Yati lantas memeluk erat Am dan Mia. Air jernih mula mengalir di matanya.


“Okey..okey !! Apakata, kalau malam ni, kita makan besar untuk sambut kehadiran Damia…”Dato Zakwan cuba menceriakan suasana.


“Betul juga kan bang. Nampaknya, hari ni, kita WAJIB balik awal..”balas Datin Yati lantas memeluk pinggang suaminya.


“Tapi, kita nak makan dekat mana ?”soal Am bingung.

“Terpulang pada Am dengan Mia. Hari ni kan hari kamu berdua. So, papa nak Am dengan Mia yang buat keputusan.Papa dengan mama sekadar keluar duit je.”balas Dato Zakwan lantas mengusap kepala Am dan Mia.


“Apakata kalau malam ni, kita satu family pergi makan dekat restoran baru di Titiwangsa. Orang kata western food dekat situ best tau..”kata Am sambil mengangkat ibu jarinya.


“Betul juga tu papa. Mia pun macam terhidu-hidu bau chicken chop..”kata Damia tersenyum lebar.


“Tak kisahlah dekat mana-mana sekalipun. But make sure, bila mama dengan papa dah balik, Am dengan Mia dah bersiap. Ajak bibik sekali! Boleh??”Datin Yati mencelah.


“Setttt Bossss!!” balas Am dan Mia serentak.


“Good!! Kalau macam tu, mama dengan papa pergi dulu. You all duduk baik-baik tau dekat rumah. Kalau nak keluar bagitahu mama or papa dulu. Jangan pakai keluar melulu. Breakfast jangan lupa.”pesanan terakhir Datin Yati sebelum berangkat ke butik.

Kereta Mecedez dan Honda CRV milik pasangan bahagia itu perlahan-lahan hilang dari pandangan. Pintu pagar automatic tertutup rapat.



“Abang.. Mia suka tengok mama dengan papa..”tiba-tiba Damia memecahkan suasana.

“Kenapa?”soal Amran ringkas.

“Abang tengoklah tu… Even diaorang tu dah lama kahwin, tapi still macam orang-orang
muda yang sedang hangat bercinta. Jarang Mia Nampak suami isteri yang loving,caring,sweet macam diaorang.”Damia tersenyum.

“Tahu tak pe.. Ramai member abang cakap macam tu.. Kebanyakan parents diaorang selalu tak de dekat rumah. Twenty four hours sibuk dengan kerja. Abang bersyukur sangat sebab abang ada parents macam mama dengan papa. Walaupun sibuk dengan kerja masing-masing tapi diaorang tak abaikan tanggungjawab diaorang. Setakat ni, keperluan dan kebajikan abang semuanya terjaga. Esok,lusa.. bila abang dah ada isteri, abang akan jaga dia baik-baik. Abang akan beri dia sepenuh kasih sayang. Abang akan beri perhatian hundred percent pada dia. Abang janji !” balas Am panjang lebar.


“Amboi!! Tak sangka pula Mia, abang ni romantik orangnya. Ingatkan abang ni jenis yang panas baran, kuat melenting,suka marah marah.. Rupanya penyanyang juga orangnya!”Damia menyakat Amran.


Amran ketawa besar lantas menyembur air yang mengalir di getah paip yang dipegangnya tepat ke arah muka Damia. Habis basah baju Damia.


“Abang pernah couple ?”Damia cuba mengubah topik.

Amran sekadar mengangguk pelahan.

“Dengan siapa?” soal Damia lagi.

“Adalah.. Dia cantik, nice, baik, loving..”balas Amran ringkas.

“Abang still dengan dia lagi ke ?” Damia cuba mencungkil rahsia Am.

“Tak lagi.. Kitaorang clash 2 weeks after SPM..” jawab Am. Wajahnya sedikit berubah.

“If you don’t care.. Ceritalah, macam mana boleh clash ?” Damia beria-ia ingin tahu.

“Dia ada orang lain.. Abang nampak dengan mata kepala abang sendiri. Dia sendiri yang mengaku, dia memang ada kekasih lain.”balas Am. Kali ini air mata lelakinya mula gugur ke pipi.

“Abang masih sayangkan dia ?” Damia terus menyanya tanpa menghiraukan Am yang
kelihatan begitu tertekan.


Am sekadar mengangkat bahunya.




“Biasalah bang.. Setiap hubungan tu, pasti ada pasang surutnya. Kita tak akan matang tanpa masalah. Kalaulah perempuan tu betul-betul jodoh abang, Mia yakin satu hari nanti, dia mesti balik semula pada abang. Apa kata sekarang ni, kita pergi breakfast dulu. Perut Mia ni dah keluarkan macam-macam bunyi..”balas Damia menarik tangan abangnya,Am.


“Perut abang pula tengah menyanyi lagu Jai Ho!!”kata Am diikuti gelak tawa.


Mereka melangkah masuk terus ke arah meja makan. Nasi goreng cendawan serta jus oren di atas meja membuatkan perut mereka semakin kuat berkeroncong. Damia menjamu roti berjemkan strawberry dahulu sebelum mengisi perutnya dengan nasi goreng. Begitu juga Am.


Tiba-tiba ketika mereka sedang menjamu selera, telefon bimbit Am berbunyi..


bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan sakitnya
terkhianati cinta yang kau jaga
coba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi



Tentera nama Mikael di handphonenya. Dengan segera, Am menekan butang hijau,menjawab panggilan.

“Yo, bro ! Apa cer call aku pagi-pagi ?”Am memulakan perbualan.

“Tak de apalah .. Saja nak tanya khabar. Salah ke ?”jawab Mikael.

“Tanya khabar aku ke khabar adik aku ?” soal Am di telefon.

“Kalau aku jawab adik kau.. Kau nak pass phone ni kat dia ke ?”usik Mikael.

“No problem ! Kau nak ke ?” Am menyakat Mikael.

“Eh, no need lah..”Kael menolak. Padahal, dalam hatinya terbayang bayang wajah manis Damia yang baru dikenalnya semalam.

“Eh, kau free tak hari ni ?” Kael menyambung perbualan yang terhenti lebih kurang 5 saat.

“Free!” jawab Am laju.

“Kalau aku lepak rumah kau boleh tak ? Aku bosan lah weh! Mummy dengan daddy aku baru je berlepas ke Hong Kong malam tadi. Bibik aku pula balik Indon seminggu ni.”Mikael menyatakan tujuan dia menelefon Amran.

“Boleh je .. Tidur sini pun takpe..” balas Amran, mengalukan kehadiran Mikael ke rumahnya.

“Serius ? Mama dengan papa kau tak kisah ?”soal Mikael kegembiraannya.

“Ala.. macam kau tak biasa dengan mama and papa aku pulak. Mama ku mama mu.. Papaku papamu juga!”Am tergelak.

“So, tengah hari nanti aku sampai ! Okeylah weh, see you soon ! Aku nak packing barang jap. Erm… kirim salam kat Mia!” Mikael sempat menyampaikan salam buat Damia.

Belum sempat Amran berkata, talian telah dimatikan.

“Kael kirim salam. Dia bermalam dekat sini nanti.”kata Am pada Damia.
Damia tersedak.

“Kael tidur sini ? Kenapa ?” soal Damia pura-pura terkejut. Siapa tahu, dalam hatinya berbunga-bunga.

“Mummy dengan daddy dia pergi Hong Kong. Bibik dia lak balik Indon. Dia sunyi kot duduk sorang-sorang kat banglo tiga tingkat dia tu.”jawab Am.


“Dia tak ada adik beradik ke ?”Damia menyoal lagi.

Amran menggeleng… “ Dia anak tunggal !”

Damia sekadar mengaangguk. Fikirannya kini terus tertumpu kepada Mikael.

Sebaik sahaja selesai bersarapan, dia membantu bib Biah berkemas di dapur. Kemudian, dia naik ke bilik. Pintu biliknya dikunci, tidak mahu diganggu.

“Ish.. asal dengan aku ni.. Setiap kali degar nama Kael, hati aku mesti happy sepanjang hari. Bibir aku tak lari dari senyuman. Lepas tu, mulalah, wajah dia bermain-main dekat fikiran aku.. Apa maksud semua ni?”bisik hati kecil Damia.


Diari berwarna merah jambu dicapainya berserta dengan pen Stabillo berwarna biru.



Dear diary ;
Orang cakap kalau makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Itu dinamakan cinta. Tapi aku, makan sentiasa kenyang. Sometimes sampai tak boleh nak bangun dari kerusi. Mandi pula sentiasa basah. Setakat ni, tak pernah pula aku mandi tapi badan kering macam kena panas dengan hair dryer. Tidur aku pula, sentiasa lena. Tapi, kenapa sejak aku jumpa Adi Mikael Az Zaffran, hati aku macam tak tentu arah. Asyik teringat tentang dia. Tertanya-tanya tentang dia. Apakah ini juga dikatakan CINTA?? Seriously, aku tak paham apa itu cinta. Aku bukannya ada pengalaman macam orang lain. Atau maybe aku je kot yang syok sendiri, sedangkan Kael tak ada apa-apa feeling pun dekat aku. Mustahillah lelaki sekacak dia, tak ada orang yang punya. IMPOSIBBLE !! Sudahlah Damia, kau tak payah mengharap sangat benda yang tak kan kau dapat. Seperti mengharap buah yang takkan gugur. Lagipun, masih terlalu awal untuk kau menilai perasaan kau. Kalau dia pun suka dekat kau, dia mesti akan berterus terang juga satu hari nanti !



Damia menyimpan diarinya di bawah bantal . Semua luahannya terbuku di dalam diari tersebut.


Senyumannya terukir di bibir apabila teringatkan Mikael. Dipasangnya radio kuat-kuat bagi menghilangkan bayangan Mikael yang terus menghantui Damia.Lagu cinta antara kita nyanyian duet Duta dan Baizura Kahar membuatkan Damia terus lali dan terus dibuai mimpi..


Cinta antara kita tiada penghalangnya..Walau akhir usia ku menyinta dirimu…



Kini jam tepat pukul 1.30 tengah hari. Damia terjaga dari tidur. Bergegas dia ke bilik air mengangkat wuduk. Ditunaikannya kewajipan sebagai umat Islam.
Sebaik sahaja Damia memberi salam, pintu biliknya diketuk kuat. Bergegas Damia berdiri lantas membuka pintu .


“ Abang! Ada apa ?”soal Damia sambil menggosok-gosok matanya.

“Sorry for disturbing. Kael dah sampai!” balas Am.

Tersentak hati Damia. Matanya yang masih berat berubah menjadi ringan dan segar.

“Bibik tak de.. Dia keluar pergi beli barang dapur. Mia boleh tolong buatkan air ?” Am meminta tolong.


“Sure !! Give me ten minutes!” Damia bergegas membuka telekungnya dan melipatnya rapi. Rambutnya disikat dan diikat kemas. Mukanya ditepek dengan powder face berjenama Skin Care. Disembur sedikit perfume pada bajunya.


“Lama juga aku tak lepak rumah kau. Banyak perubahan aku nampak!”Mikael memulakan perbualan dengan Am.

“Tulah kau. Sombong !”balas Amran.

“Kau sorang je ke ?” soal Mikael.

“Taklah.. Dengan Damia.” Balas Amran.

“Damia??”Mikael terkesima.

“Dia ada dekat atas. Kejap lagi turunlah .”kata Am.

Mikael tersenyum dan tertunduk malu . Sedang asyik mereka berdual bersembang, tiba-tiba Damia muncul sambil menatang dulang berisi jag yang berisi air sirap limau, 2 gelas kosong serta empat potong kek coklat yang dibuat oleh Damia semalam.Damia mengisi air ke dalam gelas perlahan.


“Mia.. Lepaklah sekali dengan kitaorang.”Am menarik tangan Damia.

“Its okey lah.. Korang sembanglah. Mia ada kerja sikit.”balas Damia cuba mengelak.

“Alah.. Bukannya selalu. Lagipun, Kael ni sibuk sangat nak kenal dengan Damia.”jawab Am.

“Eh, asal aku pulak ?” Mikael malu.

“Tapi, ada betulnya juga!”sambung Mikael lagi.


Akhirnya, Damia terpaksa akur. Dia duduk betul-betul berhadapan dengan Mikael. Mata Mikael tak lepas dari terus memandang Damia. Damia tertunduk malu. Lidahnya kelu tidak tahu mahu berkata apa. Mulutnya seperti dikunci . Sesekali matanya menjeling kea rah Mikael .


“Eh, korang sembanglah dulu.. Aku nak pergi toilet jap. Emergency lah ! Sakit perut .”Am berpura-pura sakit perut. Yang sebenarnya, dia sengaja mahu meninggakan Damia berdua dengan Mikael. Entah kenapa Am sibuk mahu “menjodohkan” Damia dengan Mikael.


“Awak sihat ?” Mikael cuba menegur Damia yang dari tadi terdiam dan terkaku seperti tugu negara.

“Sihat .. Alhamdulillah..”balas Damia perlahan. Matanya masih tertumpu pada lantai
marmar. Sikit pun dia tidak pandang kea rah Mikael.

“Umur awak berapa?”soal Mikael lagi.

“17 lagi okeyh..maklumlah birthday lambat lagi..”jawab Damia yang tidak ingin akur dengan penambahan umurnya.


“Oh,habis tu birthday Mia bila?”, soal Mikael yang berkeinginan untuk tahu serba sedikit tentang Damia.

“ Adalah tapi dah nak dekat ni..Kenapa nak kasi hadiah ker?”, Damia cuba berbasa-basi.

“For you..Anything..Just name it”, Mikael melemparkan senyuman yang paling manis.
Damia mula tersipu malu..

‘For me? Tak marah ke awek dia kalau dapat tahu.. Apa-apa jerlah mamat ni’, Damia bermonolog.


“So, how’s your SPM? I’m sure, you got an excellent result, right ?”Mikael ingin mengenali Damia dengan lebih erat.


“I got straight A’s.. Alhamdulillah!” balas Damia.

“See that.. so, after this, nak sambung study dekat mana ?”soal Mikael lagi.

“Entah lah. Mia tak kisah dekat mana-mana, as long as Mia merasa belajar dekat universiti.”jawab Damia.


Damia dan Mikael terus berbual. Tanpa mereka sedar, mereka berdua telah mula mesra. Dari satu topik ke topik yang lain mereka bualkan. Amran yang kononnya sakit perut, dari tadi memerhatikan telatah Damia dan Mikael dari atas tangga.


“Good job Amran!! Finally, Mia dan Kael dah jadi kawan. Sekarang, tugas aku untuk satukan diaorang pula. Mia, abang buat semua ni, sebab abang nak Mia bahagia. Tak macam abang, cinta abang terhenti di separuh jalan..”tiba-tiba Am teringatkan bekas kekasihnya, Wawa. Dahulu, ketika dia masih dengan Wawa, dia begitu bahagia. Mereka pernah mendapat gelaran the sweetest couple selama dua tahun berturut-turut di sekolah mereka. Mereka pernah menjadi pasangan terhangat dan pasangan yang paling serasi. Namun, kebahagian itu musnah dalam sekelip mata sahaja, dan kebahagian itu tak mungkin kembali lagi seperti dulu.Memang nama Ayuni Najwa atau lebih dikenali dengan panggilan Wawa telah lama hilang dari fikiran Am tapi bukan dari hatinya.



“Wawa, how are you ? Sejak kita berpisah, I tak pernah lagi dengar khabar you ? You sihat atau tak ? Kalaulah you tahu, sampai sekarang I masih teringatkan you. I’ve tried so hard just to forget everything about you, but the fact is, I can’t!”Amran mengomel sendirian. Sesekali air matanya mula membasahi pipinya. Matanya mula berkaca.

Walaupun Am seorang yang panas baran, namun dia terkenal dengan sifat penyanyang. Dia juga seorang lelaki yang begitu setia. Walaupun, ramai wanita cuba menghampirinya selepas hubungannya dengan Wawa terputus, namun tidak seorang pun yang Am minat. Bagi Am, wanita bukannya boneka. Senang-senang ditukar ganti. Baginya, wanita itu seperti emas dan berlian, yang tinggi nilainya.Cuma lelaki bodoh saja yang tegar melukakan hati wanita.






Tiba-tiba lamunannya terhenti setelah mendengar bunyi kaca pecah. Terus dia tertumpu kembali kepada Damia dan Mikael yang sedang asyik bersembang .


“Mia.. Mia tak apa-apa ?”soal Mikael.

Entah bagaimana, gelas yang dipegang Damia tiba-tiba terjatuh.

“Auchh!!”Damia menjerit. Serpihan kaca tertusuk ke jari telunjuk Damia.

Amran ingin melangkah ke Damia dan Mikael.

“Ahh.. Dari sinilah aku nak uji Kael..”langkah terhenti Dibiarkan Kael yang menguruskan Damia.

“Mia.. Are you okay?” Soal Mikael lagi. Kali ini, dia bangun dan terus duduk betul-betul di sebelah Damia.

“Eh, jari Mia berdarah. Kita pergi klinik lah.” Kael khuatir.

“Tak pelah.. Sikit je ni !”balas Damia menahan sakit.



Kael mencapai tiga helai tisu di atas coffee table lantas menyapu darah di jari Damia perlahan-lahan. Jari Damia dibalut dengan plaster. Sudah menjadi kebiasaan Mikael, setiap kali keluar rumah, dia pasti akan membawa bekalan plaster. Bimbang jika terjadi kemalangan kecil.

“Mia duduk dulu.. Let me do it.. Biar Kael yang uruskan kaca-kaca ni.” Mikael ke
dapur mengambil penyapu dan penyodok. Disapunya serpihan-serpihan kaca di atas lantai itu.


“Mia.. Kebas lagi jari tu ?”soal Mikael lantas menghulurkan segelas air kepada Damia.


“Tak sangat.. Kael, thanks!”Damia tersenyum manis. Senyuman Damia benar-benar membuatkan hati Kael berdegup rancak. Darah Kaer mengalir deras.


“Welcome.. I’ll do anything for you. As long as Mia tak apa-apa.”balas Mikael sambil mengelap peluh di dahi Damia.


“Mia.. actually Kael ada something nak bagitahu.. Tapi Kael segan..”sambung Kael lagi.


Hati Damia berdegup-degup. Dia ternanti-nanti setiap butir yang keluar dari bibir Kael.


“Bagitahu apa ? Mia dengar….”hati Damia terus gelisah.

“Sebenarnya.. sebenarnya.. sejak semalam.. Kael.. sebenarnya Kael..”Kael tergagap-gagap. Mikael tak ubah seperti watak dalam lagu GAGAP nyanyian bintang Akademi Fantasia musim keenam, Stacy.


Tiba-tiba, Kael terhenti sebaik sahaja melihat Amran menuju ke arah mereka sambil menyanyi lagu cinta dalam hati dari band terkenal di Indonesia, Ungu..


Ku ingin kau tahu, diriku di sini, menanti dirimu.. Meski ku tunggu hingga hujung waktuku.. Dan berharap rasa inikan abadi untuk sekejap saja..Dan izinkan aku memeluk dirimu.. kali ini saja..Ku ucapkan selamat tinggal untuk selamanya..



Amran terus duduk di sebelah kawan karibnya itu.Bahu Kael ditepuknya berkali-kali.

Kau suka Mia kan?”bisiknya perlahan di telinga Kael.

Kael terdiam. Tidak tahu mahu jawab apa. Dia sendiri tidak yakin dengan hatinya. Tak mungkin dia menyukai Damia sedangkan mereka baru saja berkenalan. Soalan Am dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang respon.

Damia sekadar melihat telatah Am dan Kael. Dia tertanya-tanya apakah yang hendak Kael katakan padanya sebentar tadi. Apakah ianyan mengenai soal hati?Seribu satu persoalan bermain di fikiran Damia.

p/s: Adakah Kael juga merasakan apa yang dirasakan Damia? Adakah Adi Mikael Az Zaffran juga menyimpan perasaan terhadap Puteri Damia Batrisha?Apakah yang hendak ditanya Mikael ? Ikuti kisah seterusnya di dalam 3+1(bab 8)

0 comments: