“Astaghfirullah hal azim, dah pukul 2 pagi. Kak Amy dan Sam dah balik ke belum?”, Damia terjaga dari tidur.
Damia bergegas ke ruang tamu dan bilik tidur Amy dan Sam. Namun kedua-duanya tiada di rumah. Terdetik kebimbangan di hatinya. ‘ Ke mana agaknya Kak Amy dan Abang Sam ni? Selalunya jam macam ni dah ada di rumah’, Damia terus bermonolog hairan dengan keganjilan Amy dan Sam hari ni.
Tiba-tiba pintu di ruang tamu dibuka orang. Damia yakin itu kepulangan Amy. Ternyata benar sangkaanya. Tetapi Amy pulang dengan membawa tetamu lelaki dalam ligkungan 40-an.
“Alhamdulillah,akak pulang juga. Akak pergi mana? Dah lewat sangat ni. Ni siapa kak?”, Damia melemparkan bertubi-tubi soalan kepada Amy.
“Woi, perempuan! Kau ingat aku ni kaunter pertanyaan ke?! “, jerkah Amy.
“Maafkan Damia kak. Damia risau sangat sebab akak tak pernah balik sampai lewat macam ni”, nada Damia berubah menjadi perlahan.
“Dah.Dah.Aku tak nak dengar lagi alasan kau. Nah kau ambik baju ni dan pakai. Lepas tu turun sebab aku nak bawak kau pergi keluar makan”, arah Amy sambil menghulur beg berisi pakaian yang agak seksi.
“Tapi kak baju ini tak sesuai dengan saya lagipun dah lewat sangat nak keluar makan”, Damia cuba memberitahu Amy ketidakselesaan baju itu dengannya.
“Aku dah beli tu. Be grateful je lah. Dan lagi satu Damia. Kau kan anak orang kaya. Takkan lah kau tak tahu restoran-restoran kat sini buka 24 jam. Jangan jadi kolotlah. Dah kau jangan banyak soal lagi. Pergi tukar baju ni. Aku nak bawa kau ke restoran eksklusi”, Amy terus mengarah.
Damia hanya menurut kata Amy lantas dia bergegas ke kamarnya. ‘Damia, kak Amy cuba untuk berubah. Dia dah bagi kau baju ini. Apa salahnya kau bersyukur. Biarlah nampak seksi sekalipun. Ambik jer hati dia. Siapa tahu lepas ni dia akan jadi seorang kakak yang melindungi adiknya. Be grateful Damia. Be grateful. And I wonder. Siapa lelaki yang bersama kak Amy tu. He looks too old and kinda familiar. Ah! Pedulikanlah. Yang penting kak Amy’, Damia cuba untuk menyedapkan hatinya walhal hatinya juga turut bimbang dengan kehadiran lelaki tua yang bersama Amy tadi.
“Damia! Kau dah siap ke belum?! Lama betul!”, jerit Amy dari tingkat bawah.
“Dah kak! Mia datang ni”, Damia turun ke tingkat bawah.
Damia kelihatan sangat menawan dengan gaun yang dibeli oleh Amy. Hampir terpegun Amy dengan kecantikan yang dimiliki Damia persis seperti arwah mamanya.Cepat-cepat Amy mengalihkan pandangannya kerana bimbang jika rancangannya tidak berjalan tatkala melihat wajah Damia yang lembut sayu itu. Kelihatan lelaki tua itu tersenyum simpul seperti mempunyai agendanya tersendiri.
“Dah siap?! Bagus! Marilah kita berangkat sekarang. Ha?! Sebelum tu ni aku nak kenalkan kau dengan Dato’ Zack. Dato’ nilah Damia yang I ceritkan kat u.”, Damia diperkenalkan kepada lelaki itu. “ Marilah kita beransur ke sana”, Amy menambah lagi.
Kereta Mercedes Benz SLR 722 milik Dato’ yang dikenali sebagai Dato’ Zack betul-betul berhenti di Ritz Carlton Hotel. Damia mula merasa gelisah kerana Amy dan Dato’ Zack seperti menyembunyikan sesuatu. Padahal semasa di rumah tadi, Amy mengatakan yang mereka akan ke restoran eksklusif dan bukanlah restoran di hotel eksklusif.Dato’ Zack membuka pintu buat Damia.
“Maaflah sebab tak beritahu Damia yang kita akan ke sini. This is part of my surprise for you”, buat pertama kalinya Dato’ Zack itu bersuara. Lantas Damia terus keluar dari kereta mewah itu. Kemudian Damia, Amy dan Dato’ Zack jalan beriringan menuju ke hotel itu.
“Girls, you all nak order apa? Just name it. I bayar”, kata Dato’ Zack. “I nak western food Dato’”,kata Amy. “Only western? Nothing else? So you Damia? Takkan nak makan angin je? Order something”, pinta Dato’ Zack. “ Saya order macam kak Amy je lah”, Damia membalas. “If that case, I order exactly the same dgn both of u lah”, tambah Dato Zack.
Ketiga-tiga mereka diam sahaja ketika makan. “ Excuse me. I nak ke ladies sebentar. Damia, kau biasa-biasakan lah diri dengan Dato Zack ni dulu. Kejap lagi aku datang semula”, Amy terus berlalu meninggalkan Damia dan Dato’ Zack berdua di meja makan. Sudah 10 minit berlalu namun kelibat Amy langsung tidak kelihatan. Damia menjadi semakin gelisah tatkala seorang pelayan lelaki datang lalu berbisik kepada Dato’ Zack serta menghulurkan sekeping kertas.
“Damia, I’ve got something for you from your cousin”, lantas dia menghulurkan kertas yang diberi kepada Dato’ Zack bertukar tangan. Hampir gugur jantung Damia tatkala membaca nota pendek yang dihantar oleh Amy kepadanya.
Damia,
Kau jangan ingat aku buat baik dengan kau sebab aku dah insaf or whatever. Aku buat baik dengan kau sebab aku dah tak ada duit. I need money from an easy way. So I SOLD you to this man. Have fun. Layan orang tua ni elok-elok sebab aku dah jual kau dekat dia dengan harga yang sangat lumayan. Pandai-pandai kau lah nak pergi mana-mana lepas ni sebab rumah aku tak terbuka lagi untuk kau.
Yang selaaaaalu” sayangkan” kau,
Amy
Air mata Damia terus gugur membasahi pipi. Tanpa menghiraukan Dato’ Zack,dia terus berlalu keluar dari hotel mewah itu. Dato’ Zack mengekorinya dari belakang. Damia berhenti dan menjerit sekuat hati kerana menganggap dirinya tak ubah seperti perempuan murah yang boleh dijual kepada ahli-ahli koprat.
“Lepaskan aku. Lepaskan aku. Jangan kau sentuh aku. Aku bukan perempuan yang kau yang cari untuk melepaskan nafsu syaitan kau”, Damia meronta tatkala dipegang oleh Dato’ Zack.
“Damia. Listen first. I’ve got something to tell you”, Dato’ Zack cuba menenangkan Damia yang seperti orang yang hilang pedoman.
“Jangan kau nak pura-pura baik dengan aku! Kau tak ubah macam syaitan! Aku benci kau! Kau berambus dari hidup aku. Aku tak nak dengar apa-apa dari kau. Tak ada apa yang kau boleh bagitahu aku”, Damia terus-terusan meronta.
“Listen. Apa yang uncle nak bagitahu ni tentang perjalanan hidup Damia seterusnya. Please listen to me first before Damia nak pergi mana-mana”, Dato Zack cuba menerangkan sesuatu.
“ Sekarang kau nak beruncle-uncle dengan aku pula?”, Damia menengking.
Setelah 20 minit Dato’ Zack cuba berbicara dengan Damia, akhirnya Damia bersetuju untuk mendengar penjelasan dari Dato’ Zack apabila Dato’ Zack menyebut perihal kedua ibu bapanya lalu mereka berlalu dari hotel 5 bintang itu. Tanpa disedari gerak-geri mereka diperhatikan Amy.
‘ Murah juga kau ni perempuan. Mesti Dato’ tu janjikan kau kemewahan kan? Senang betul kau follow Dato’ tua tu. Tapi bagus juga lepas ni aku tak payah lagi nak mengadap muka kau. Duit pun aku dapat. Kaya aku. Hahaha! Selamat berbahagia Damia. Welcome to life’, bisik hati kecil Amy yang berbau syaitan itu.
“ Apa yang uncle cuba nak jelaskan kepada saya”, tanya Damia sewaktu berada dalam kereta itu.
“Sebelum tu. Nama uncle Zakwan. Damia boleh panggil uncle, Uncle Wan. Nama Zack tu uncle guna sebab uncle tak nak Amy syak apa-apa”, jelasnya.
“Maksud uncle? Sekarang ni kita nak ke mana?”, Damia inginkan kepastian.
“Sekarang ni kita akan ke rumah uncle. Tapi jangan risau. Rumah uncle ada isteri uncle dan anak lelaki uncle yang tuanya dua tahun dari kamu. Untuk pengetahuan kamu. Uncle bukanlah seperti yang kamu fikir. Uncle ni sebenanrnya kawan baik ibu bapa kamu. “, lelaki tua itu mula menerangkan hal yang sebenanrnya.
‘No wonder,muka uncle ni macam aku pernah tengok. Rupanya dia kawan papa’,bisik hati kecil Damia.
“Sebelum mereka meninggal, arwah papa kamu ada menelefon uncle. Dia minta uncle tolong tengok-tengokkan kamu dari jauh jika mereka sudah tiada. Uncle anggap itu sebagai satu wasiat apabila mendapat berita bahawa mereka meninggal akibat terlibat dalam suatu kemalangan. Sejak dari itu uncle menjadi pemerhati dari jauh. Apa yang membuatkan uncle ingin terus menjaga kamu dari jauh apabila kamu tinggal sebumbung dengan saudara kamu,Amy. Amy tu merupakan bekas perempuan simpanan kawan uncle. Sejak dari dulu lagi uncle tak suka dengan Amy tu kerana dia sanggup melakukan apa sahaja demi wang termasuk dengan menjual kamu. Usai sahaja uncle mendapat makluman bahawa kamu akan dijual, uncle terus menawarkan diri untuk ‘membeli’ kamu. Dan sekarang lihatlah kamu sudah selamat bersama uncle”, Dato Zakwan menerangkan dengan panjang lebar.
“Berapa dia ‘jual’ saya kepada uncle?”, Damia bertanya.
“Kamu tak usah lah tanya berapa harganya. Itu antara uncle dengan dia. Apa yang penting sekarang ni ialah kamu selamat bersama Uncle”, Dato’ Zakwan tidak mahu menjawab pertanyaan Damia.
Terdengar azan Subuh mula berkumandang di corong radio. Tanpa disedari air mata Damia gugur kerana tersentuh mendengar suara lunak yang sedang memuji kebesaran Allah.
“Nak, dah sampai dah rumah uncle. Kamu tak usahlah menangis lagi. Kamu dah selamat dari perempuan yang bertopengkan syaitan tu. Waktu Subuh pun dah masuk. Jemputlah masuk ke rumah uncle ni”, pelawa Dato’ Zakwan.
“Besar betul rumah uncle”, Damia memuji.
“Tak adalah. Yati! Yati! Abang dah balik ni!”, kedengaran Dato’ Zakwan memanggil nama seorang wanita.
“Eh,abang! Lambatnya sampai?”, Datin Yati mencium tangan suaminya. “ Mana tetamu kita bang?”, soalan Datin Yati itu seolah-olah tahu akan kedatangan Damia.
“Ha! Damia. Buat apa tercegat kat luar tu lagi. Mari masuk. Auntie Yati kamu ni nak kenal-kenal dengan kamu”, Damia segera melangkahkan kaki ke dalam rumah yang mewah itu. Segera dia bersalam dan mencium tangan Datin Yati.
“Cantik budaknya bang. Baik pun baik. Sebiji arwah mamanya kan bang?”, Damia mula malu dengan pujian Datin Yati.
“Dah dia datang dari keluarga yang baik. Itulah hasilnya”, tambah Dato’ Zakwan.
“Auntie kenal dengan mama saya?”, tanya Damia lembut.
“Apa pula tak kenal? Mama kamu tu…”, belum sempat Datin Yati bercerita panjang kata-katanya disampuk oleh Dato’ Zakwan..
“Yati..Kalau iya pun suruh lah budak tu tukar baju dulu ke, mandi dulu ke, Subuh pun dah masuk. Boleh Damia sembahyang jemaah dengan kita sekali”,kata Dato’ Zakwan.
“Ya Allah. Yati pun hampir lupa. Mari Damia. Auntie tunjukkan bilik Damia”,lantas Damia mengekori langkah Datin Yati.
“Masuklah.Ni bilik arwah anak Auntie. Kamu duduklah di sini. Lagipun bilik ni kalau biarkan kosong lama-lama hilang serinya. Mana tahu dengan adanya kamu, bilik ni berseri semula. Kalau kamu nak tukar baju, kamu ambil sahaja dalam almari tu. Saiz badan anak auntie pun memang besar kamu je”,terang Datin Yati.
Tiba-tiba Damia ternampak sekeping foto di atas meja. Alangkah terkejutnya dia tatkala melihat foto itu. Hal ini kerana foto itu menunjukkan bahawa arwah anak Datin Yati merupakan rakan baiknya Melissa Sofea yang meninggal akibat barah otak.
“Auntie.Ini bukan ke Melissa Sofea?”,Damia bertanya inginkan kepastian.
“Ha’ah! Dialah tu. Kamu kenal?”,Datin Yati menyoal kembali.
“Melissa kawan baik Mia auntie. Kami diibaratkan belangkas di sekolah. Sentiasa bersama tak kiralah nak ke mana pun. Sejak arwah tiada Mia rasa sunyi sangat. Tambahan pula bila arwah mama,papa dan abnag pergi tinggalkan Mia”, air mata Damia mula merembes.
“Sudahlah Mia. Yang hidup tetap akan pergi. Kita yang masih diberi peluang untuk merasakan kehidupan ni kena banyak melakukan ibadat supaya dapat menjadi bekalan di akhirat nanti. Dahlah kamu pergilah mandi, salin baju tu. Kejap lagi kita solat sama-sama”, Datin Yati menenangkan Damia.
Selesai sahaja menunaikan solat Subuh Damia terlelap kerana dia keletihan menangis dan menjerit mengenangkan nasibnya.
“Eh?! Yati, kamu tak panggilkan budak Damia tu ke sarapan sama-sama?”,tanya Dato’ Zakwan.
“Saya dah nak panggil dia tadi, tapi saya tengok nyenyak betul dia tidur. Tak sampai hati pulak saya nak kejutkan”,balas Datin Yati.
“Tak pe lah kalau macam tu. Kesian pula saya tengok dia menangis,menjerit sepanjang pagi tadi sebelum saya explain hal yang sebenar.”kata Dato’ Zakwan lantas menyapu jem strawberi ke atas roti Hi-5.
“Tulah bang. Kejam betul saudara-saudara dia tu. Apa kata kalau kita bawa dia pergi jalan-jalan. Lagipun hari ni abang cutikan? Kalau nak biar dia terperam dekat rumah ni sorang-sorang pun tak guna jugak. Sebab dia tak de kawan. Kita bawak lah dia pergi KLCC ke, Pavillion ke, MidValley ke. TS pun ok jugak”, cadang Datin Yati kepada suaminya.
“Elok jugak tu. Tapi kan yang. TS tu apa”, tanya Dato’ Zakwan sambil menggaru-garu kepalanya yang beruban itu.
“Hasta la vista betul abang ni. TS tu Times Square. Yang si Am duk sebut-sebut tu”,kata Datin Yati sambil tergelak halus.
“Laaaa..selama ni mati-mati saya ingat Tasik Selatan. Saya ingat anak kita rajin sukan sampai nak pergi Tasik Selatan. Rupanya Times Square. Haishh!! Tua beno saya ni”,Dato Zakwan menepuk dahinya.PAPP!
“Tulah, tak up to date betul suami aku ni.Hehehe.. Tengok saya. Mama vogue yang up to date gitu”,ketawa kedua-dua orang tua itu berderai memecah kesunyian pagi.
Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Damia bergegas turun kerana dia sudah terlewat bangun. Kelihatan Dato’ Zakwan dan Datin Yati sedang menonton rancangan Tom-tom Bak di Astro Ceria.
“Eh,Damia! Selesa tak tidur kat rumah auntie ni?”, tanya Datin Yati sewaktu menyedari kehadiran Damia.
“Alhamdulillah selesa auntie. Uncle tak kerja ke?”,Damia menyoal.
“Uncle tak kerja nak. Sebab hari ni kami nak bawa Damia pergi shopping dekat MidValley”,terkejut Damia mendengarnya.
“Bukan TS ke bang?”,Datin Yati menyoal sambil tersenyum sumbing.
“TS jauh sangat lah sayang. Lagipun nanti terperangkap dalam jam dah tak puas nak shopping”, Damia menjadi pemerhati antara perbualan kedua pasangan itu.
“Damia pergi makan dahulu. Lepas tu pergi bersiap. Dalam pukul 11 kita berangkat ke MidValley”, Damia terus berlalu ke dapur mencari makan kerana perutnya sudah mula lapar.
Tepat pukul 11 mereka keluar dari rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah itu.Di sana, Dato’ Zakwan membelikan Damia sebuah telefon bimbit baru iaitu Nokia E75. Pada mulanya Damia menolak tetapi dia didesak oleh Datin Yati dan Dato’ Zakwan. Tambahan pula Dato’ Zakwan menceritakan bahawa keluarganya pernah terhutang budi dengan keluarga Damia semasa Damia masih kecil lagi.
Kelihatan Datin Yati lah yang paling teruja dalam bab-bab shopping. Selain membelikan Damia telefon bimbit mereka juga membelikan Damia baju dan seluar kerana Damia hadir ke rumahnya sehelai sepinggang. Datin Yati juga telah mengajak Damia dan Dato’ Zakwan menonton wayang.
Mereka sangat terhibur dengan cerita yang ditayangkan itu. Kemudian mereka menjamu selera di Kenny Rogers memandangkan Dato’ Zakwan sudah lama tidak merasa keenakan dan keunikan ayam di situ. Damia berasa sangat bahagia di saat itu. Dia merasakan seperti keluarganya sudah kembali.
Tiba-tiba telefon bimbit Datin Yati berdering memainkan lagu Beautiful Maria.Tergesa-gesa dia mencari telefonnya di dalam tas tangannya itu.
“ Waalaikummussalam. Betul ke Am? Nanti mama bagitahu papa. Jaga diri elok-elok. I love you too. Assalamualaikum”, Datin Yati menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam tas tangan yang berjenama LV.
“Am ke tu yang?”, soal Dato’ Zakwan.
“Ha’ah bang! Dia nak balik dua hari lagi. Nanti boleh lah Damia kenal-kenal dengan Am. Tak sabar Yati nak tunggu kepulangan anak kita tu”, Datin Yati kelihatan sangat gembira.
“Emmm..Siapa Am tu auntie?”,Damia kebingungan.
“Abang tak bagitahu Damia ke? Damia..Am tu anak lelaki auntie satu-satunya. Nama dia Muhammad Amran Haziq”, kata Datin Yati.
“Oh! Dialah yang uncle kata tua 2 tahun dari Mia tu?”, Damia yakin dengan tekaannya itu.
“Betul…Betul..Betul..”, balas Dato’ Zakwan meniru gaya Ipin dalam rancangan Upin dan Ipin.
Lantas mereka terus menjamu semula makanan masing-masing. Lewat mereka pulang pada hari itu. Damia kini merasa sangat bahagia dengan kehadiran Dato’ Zakwan dan Datin Yati. Ingin sahaja Damia memanggil mereka mama dan papa tapi apakan daya mereka bukan mama dan papanya. Ingatannya mula kembali kepada kenangan-kenangan sewaktu bersama keluarganya sambil merenung foto keluarganya yang bahagia itu. Lalu detik demi detik dia terlelap bersama foto itu.
p/s : adakah Damia akan terus mengecapi kebahagian yang sedang dialaminya ini? Adakah Amy dan Sam terus lenyap dari mengganggu kehidupan Damia yang baru mengecapi kebahagian? Bagaimanakah pula karakter Am? Dapatkah dia menerima kehadiran Damia? Terus ikuti kesudahan cerita ini..
Cerita ini akan diupdatekan pada hari jumaat atau hari-hari yang kami senang..kerana kami masih bersekolah…hehehe..thanks supporter…
Monday, April 27, 2009
3+1 (BAB 4)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
cai..enak2..amran haziq???bg la nme danish hakimi ke..cacaca...lg sdp kowt nme yg i sugest tu..hahaha..xpe2..besh owh ini story..i likeee!!hehe
Post a Comment