Jam di dinding kini menunjukkan tepat pukul 12.20 tengah hari,namun Amy dan Sam masih nyenyak di buai mimpi.
“Dah pukul 12.30.. kak Amy dan Sam masih tidur.Patut ke aku bangunkan mereka?”bisik Damia sambil melihat jam tangan berjenama Guess.
“Arwah Mama selalu pesan, jangan tidur sampai matahari meninggi,nanti rezeki lari. Nasi goreng yang aku masak pun dah lama sejuk.Ahhh.. kejutkan je lah..”kata Damia bersendirian.
Tok..tok..tok..
Pintu bilik Amy diketuk Damia. Namun tiada suara menandakan Damia diizinkan masuk. Lalu tanpa izin Damia masuk juga.Kelihatan Amy sedang nyenyak dibuai mimpi.
“Akak..bangun kak.. Dah tengah hari ni.. Makanan pun dah sejuk..Bangun kak.. Tak elok tidur sampai tengah hari.. Akak !!”
“Hoi perempuan! Pergi kau! Jangan ganggu aku!”jerit Amy sambil menolak Damia.
“Akak.. Mia dah masak.. Sejuk dah makanan tu!”
“Aku cakap berambus,berambuslah..Kau tak faham bahasa ke?Sedarlah sikit diri kau tu menumpang. Get out and please make your own business.. Kalau dah sayang sangat dengan makanan yang kau masak tu,bagi je kucing kurap tepi longkang tu makan.Barulah tak membazir.”jerit Amy sambil membeliakkan biji matanya.Wajah bengisnya itu memang menakutkan.
“Mia minta maaf kak.. Mia tak berniat nak ganggu akak!Mia minta diri dulu.”kata Damia.Air mata jernih sudah mula membasahi pipi gebunya.
Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari bilik Amy….
“Hai “princess!” menangis?? Ala kesian dia!!” Sam mengejek Damia.
“Sorry kalau Mia buat abang Sam terganggu.Mia tak berniat.”
“Hei perempuan!Kau tak payah pura-pura baik dekat sini. Kau dengan mak kau sama saja.DRAMA QUEEN! “
“Abang! Mama Mia dah seminggu meninggal.. Boleh tak abang berhenti burukkan arwah?Mama tak pernah buat salah dengan abang.”
“Hai..perempuan ni.. dah pandai menjawab. Listen here! Ini rumah aku,so suka hati akulah nak cakap apa-apa! Even tentang datuk moyang kau sekalipun.HAHAHA”. Sam gelak terbahak-bahak melihatkan muka Damia yang berubah tanda tidak puas hati.
“ABANGG! Abang betul-betul dah melampau!”, balas Damia dengan nada yang tinggi,
“Kau jangan nak tinggi suara dengan aku ya perempuan! Ingat sikit kau tu cuma menumpang dekat sini. Sekarang,aku nak kau turun bawah,basuh kasut bola aku.. Petang esok aku nak pakai. Faham?”
“B-b-b- b-aik abang!”jawab Damia gagap.
Begitulah hidup Damia setiap hari.
Setiap hari,ada saja kerja rumah yang harus dia laksanakan. Membasuh,mengemas,mencuci semuanya dibereskan oleh Damia seorang. Pernah dia dipukul teruk dengan Amy,gara-gara terlelap ketika mengemop lantai. Habis badannya lebam. Tapi dia hanya mendiamkan diri kerana dia sedar akan statusnya yang hanya menumpang. Damia juga cekal menghadapinya kerana dia sentiasa berpegang kepada ajaran dan nasihat kedua orang tua dan abangnya supaya sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan tuan rumah jika kita menumpang rumahnya.
Sam pula sering menyindir Damia dengan perkataan-perkataan yang menyakitkan hati, seperti perempuan tak tahu malu,drama queen dan banyak lagi.Sam juga selalu mengata arwah mama,papa dan abang Damia.
‘Kalau ikutkan hati,mahu saja aku berambus dari rumah neraka ni!’,Damia bermonolog.
‘Ya Allah.. Kenapa aku diuji sebegini rupa? Besarkah dosa aku? Kenapa kak Amy dan abang Sam begitu bencikan keluarga aku? Apa sejarah keluarga aku? Tapi kenapa papa,mama dan abang Danish selalu mendidik aku supaya berbuat baik dengan keluarga kak Amy sedang mereka membenci keluarga aku?’, Damia bermonolog lagi.
“Woi! Asal kau termenung lagi? Kasut aku dah basuh belum?”, sergah Sam.
“Dah bang, Mia dah basuhkan dan dah jemurkan. Abang jangan risau esok keringlah kasut abang tu, lagipun cuaca Alhamdulillah baik hari ni”, balas Damia dalam nada ketakutan.
“Bagus betul babu aku seorang ni”, Sam tersenyum sinis
Damia hanya memekakkan telinga dengan panggilan babu terhadap dirinya. Ingin sahaja dia memarahi Sam tetapi dia membatalkan niatnya kerana takut badannya menjadi mangsa pukulan Sam mahupun kakaknya.
“Baiklah abang, kalau tak ada apa-apa, Mia nak solat Zohor dulu”, kata Damia dengan harapan Sam akan turut menunaikan solat kerana sepanjang Damia menumpang di rumahnya dia tidak pernah sekalipun melihat Sam mahupun Amy solat.
“Tunjuk baik pulak kau ya? Solat konon. Tapi perangai keluarga dia masing-masing tak ubah macam binatang!”, jerkah Sam seraya beredar meninggalkan Damia yang sudah mengeluarkan air jernih di mata bulatnya.
‘Ya Allah, cucurilah rahmat Mu ke atas arwah papa,mama dan abnagku. Tempatkanlah mereka di kalangan orang yang beriman. Kau tabahkan juga hati ku ini menghadapi segala ujian Mu Ya Allah. Sesungguhnya aku hanya insan yang lemah dan hanya memohon pertolongan dariMu Ya Allah. Amin ‘,Damia berdoa.
GEDEGANGGGG!!!
Damia terkejut apabila pintu biliknya dihempas dengan kasar. Kelihatan Amy dengan muka bengisnya dimuka pintu bilik Damia.
“Woi,Damia! Kau dah jadi pekak ke sejak mak bapak kau tu mampos? Aku panggil dari tadi sampai kering anak tekak aku. Kau ni betul-betul menyusahkan aku”,tengking Amy.
“Maafkan Mia kak. Mia tengah solat tadi, tu yang Mia tak dengar akak panggil”, balas Damia
“So kau nak tunjuk baiklah ni depan aku? Kau ingat kau tutup aurat kau, kau sembahyang tu dah kira baik sangat lah? Kau rasa kau malaikat lah? Boleh masuk syurga?”,sindir Amy.
“Astaghfirullah kak. Kak,bukan Damia yang tentukan samada kedudukan di syurga mahupun neraka. Tapi Damia berusaha untuk menentukan kedudukan Damia di syurga. Syurga dan neraka tu semua kerja Allah. Kita sebagai umat hanya berusaha untuk menjamin kedudukan kita”,balas Damia.
PANGGGGGG!!
“Kau tak usah nak ceramahkan aku. Kedudukan aku, aku punya hal. Kau jangan sibuk. Sekarang ni aku nak kau sediakan makan minum aku. Aku lapar dan kejap lagi aku nak keluar”,Amy mengarah Damia. Damia mengusap pipinya yang gebu kerana pedih dengan tamparan Amy. Namun ditabahkan hati duturukan juga kata-kata Amy kerana takut badannya akan menjadi mangsa sepak terajang Amy yang bagai harimau kelaparan.
‘Papa,mama,abang terima kasih kerana mendidik Damia supaya sentiasa sabar dan tabah. Mia akan sentiasa mengingati pesanan dan ajaran kalian’, Damia bermonolog dan terus menyediakan makan minum Amy sementara Amy sedang sibuk mandi.
Sedang Amy memanjakan dirinya di kamar mandi. Dia terfikirkan sesuatu yang bakal dilakukannya terhadap Damia yang akan menguntungkan dirinya dan orang ketiga.
p/s : Apakah yang akan berlaku kepada Damia seterusnya? Serta apakah yang akan Amy lakukan terhadap Damia? Siapakah orang ketiga yang bermain di kotak fikiran Amy? Adakah ini muslihat Amy untuk terus mendera Damia?
Nantikan 3+1 (bab 3)
Friday, April 24, 2009
3+1 ( BAB 2 )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment