CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, April 24, 2009

3+1 (BAB 1)

BAB 1 :

Damia duduk termenung di atas kerusi di ruang menunggu. Hatinya berdebar-debar,hanya Allah saja yang tahu. Dia bimbang andai terjadi apa-apa terhadap mama,papa dan abangnya. Andai kata mereka menyahut seruan Ilahi,tiada lagi pendamping,teman dan penawar suka duka Damia.

Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 1.20 pagi,tetapi tiada sebarang respon daripada mana-mana doktor.

“Ya Allah,kau selamatkanlah kedua orang tua serta abangku satu-satunya…”Damia berdoa.

Dia melihat sekeliling.Cuma tinggal dia seorang saja di ruang menunggu.Damia tidak senang duduk. Dari petang dia menunggu keluarganya.Tidak makan apatah lagi mahu melelapkan mata.

Streettt..

Kedengaran pintu terbuka.

“Puteri Damia Batrisha,”seorang doktor kacukan Melayu dan India memanggil namanya.

“Ya saya,Damia.”

“Cik,maafkan kami..kedua orang tua dan abang cik,tidak dapat diselamatkan.”kata doktor Faizal sambil menepuk-nepuk bahu Damia.

“TAK MUNGKINNNNNNNNNN!!” jerit Damia..

Air matanya tak henti mengalir . Dia memeluk lantas mengucup jenazah mama,papa dan abangnya.

“Kenapa mama,papa dan abang tinggalkan Mia?Mia dah tak ada siapa-siapa di dunia ini..Kenapa dunia ni begitu kejam???”

Dua orang jururawat cuba menenangkan Damia.

Jam menunjukkan pukul 2.oo petang .

“Ya Allah..sesungguhnya aku mohon,kau ampunilah segala dosa dan kesalahan orang tuaku serta abangku.Kau tempatkanlah mereka di sisi orang-orang yang soleh dan solehah..amin..”

Damia meninggalkan kubur.

“Akak,boleh Damia minta sesuatu?”Tanya Damia kepada kakak saudaranya Amy.

“What else Mia?”Tanya Amy dengan nada yang kasar.

Amy sememangnya tidak pernah akrab dengan Damia sejak dulu lagi. Perwatakan dia dan adik lelakinya,Sam begitu jauh berbeza kalau hendak dibandingkan dengan Damia dan Putera Danish Baihaqi,abang Damia.

“Boleh Damia tinggal dengan akak ? Buat sementara waktu ni saja. Damia janji lepas ni Damia takkan ganggu lagi hidup kak Amy dan Sam.Damia janji kak.”

“What,kau nak tinggal dengan kami?Dalam satu rumah ?Exactly NO sayang!”balas Amy sambil mengangkat cermin mata hitamnya.

“Tolonglah kak..Damia merayu dengan akak.. Mia dah tak ada siapa-siapa selain akak dengan Sam..”rayu Damia.

Tiba-tiba Syamsul Fitri atau lebih mudah dipanggil Sam menarik tangan kakaknya,Amy..Mereka pergi tidak jauh dari Damia.. Lebih kurang Cuma 6 langkah dari tempat Damia berdiri.

“Akak lupa ke ? Bibik kita kan baru je berhenti kerja.. Apakata kalau kita benarkan si dungu tu tinggal dengan kita.. Dalam masa yang sama,kita kerjakan dia betul-betul..Well,akak bukan tak tahu,arwah pak long dan mak long kan orang kaya so tak payahlah akak kerja teruk-teruk lagi.Minta je dengan perempuan tu..”kata Sam.

“Betul juga..”

Amy dan Sam menghampiri Damia.

“Baiklah..kau boleh tinggal dengan kami,dengan satu syarat kau mesti ikut apa saja yang kami mahu.”kata Amy.

“Baiklah kak.Mia janji. Mia janji akan ikut apa saja yang akak dan Sam nak. Kemas rumah,masak,basuh baju semuanya kak!”

p/s : Apakah yang bakal terjadi kepada Damia.. Adakah impiannya untuk mencipta kebahagiaan seperti remaja

lain akan terlaksana? Apakah yang bakal dilakukan oleh Amy dan Sam? Bahagiakah Damia di kediaman

mereka? Nantikan 3+1(Bab 2)

5 comments:

Anonymous said...

sayu ati ini membce...
almos cry..
tp xnangis ag ah...
yg si mia tu bodo sgt pehal..
kate ank org kaye..dok uma sndr suda...
bibik xkn xde...pns towl...
sam???tringt kat sam bunkface..ttp nape wtknya jaat..keciwe..haha

mini said...

huhu~

mia tu harapkan keluarga saja !

tgh SPM nk minx dorongan family lah konon !

yup2.. Sam !

Hafizul said...

Keep it on weyh... Baru baca chap 1. Dah dapat rasai keunggulan BM korang. Sy pasti sy x dpt create BM nye ayat yg begitu mantap spt kalian! KEEP IT ON!!!

mini said...

huhu~

thank u !!

teruskan membaca dan support karya kami yg x seberapa ni !

:D

gadis biasa said...

wah...
ade bakat dlm penulisan..
bagus2..
teruskan usaha...