CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, April 24, 2009

3+1( Bab 3 )

Seperti biasa, awal-awal pagi lagi Damia sudah bangun . Kerja-kerja membasuh dan

mencuci sudah dia bereskan. Sarapan pagi juga telah tersedia.

Sedang Damia menyidai pakaian di ampaian,tiba-tiba jirannya,seorang wanita

lingkungan 40-an menyapanya.

“Assalamualaikum..”sapa Mak Cik Jamilah sambil menghulurkan senyuman tanda perkenalan.

“Waalaikummussalam..mak cik ni..”jawab Damia lantas membalas senyuman Mak Cik Jamilah.

“Mak Cik tinggal di sini. Kamu ni siapa?”soal Mak Cik Jamilah ingin kepastian.

“Saya Damia.Sepupu kepada Amy dan Sam.”balas Damia.

“Oh,sepupu! Apa kamu buat di sini ?”Kamu tak takut ?”

“Takut?Untuk apa saya takut?Saya di sini selepas kematian orang tua dan abang saya yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.Saya akan menetap di sini sehinggalah keputusan SPM keluar nanti.”

“Mak Cik bukan apa nak.. Mak Cik bimbang kalau terjadi apa-apa pada kamu nanti.Mak Cik percaya kamu ni datang dari keluarga yang baik-baik.Ingat pesan mak cik ni,kamu kena berhati-hati…sebab..”belum sempat Mak Cik Jamilah menyambung kata-katanya,kedengaran suara Amy teriak dari dalam rumah.

“DAMIAAAAAAAAAAAAAAAAA!!”

“Maafkan saya mak cik,saya minta diri.”lantas Damia meninggalkan mak cik Jamilah.

“Ya Allah,kau selamatkanlah anak itu.Aku percaya dan aku yakin.Dia seorang anak yang baik.Kau jauhkanlah dia dari sebarang musibah!”doa Mak Cik Jamilah seakan bimbang akan keselamatan Damia di rumah sebelah.

Sementara itu,di dalam rumah teres milik Amy dan Sam..

“Ya kak.. ada apa?”Tanya Damia seraya menelan air liurnya.

“Kau buat apa tadi?Aku suruh kau jemur pakaian bukannya berborak dengan orang sebelah.Kau jangan pikir kau boleh jadi maam besar dalam rumah aku.”jerit Amy sambil mengetuk kepala Damia dengan menggunakan buku.

“Maafkan Mia kak. Mia janji Mia tak akan ulangi kesalahan Mia lagi”balas Damia.Air matanya mula mengalir membasahi pipi.

“Kau tak payah nak berlakon depan aku.Kau menangis air mata darah sekalipun tak kan buat aku simpati pada kau.

Amy mencapai tas tangan jenama GUCCI lalu berlalu pergi.Enjin kereta BMW X3 dihidupkan.Entah ke mana dia mahu pergi.Barangkali dia hendak ke pejabat.Sementara itu,Sam pula sedang bersiap-siap juga mahu keluar.

“Woi perempuan.Kakak aku mana?”Tanya Sam kasar.

“Kak Amy baru saja keluar.”balas Damia sambil berjalan mahu ke dapur.

“Kau nak ke mana tu ?Aku belum habis cakap lagi.”kata Sam sambil menarik lengan baju Damia.

“Mia nak ke dapur. Nak cuci peti. Kalau dibiar lama,busuk pula makanan dalam peti tu nanti.”balas Damia lantas menolak tangan Sam dengan perlahan.

“Bodoh punya kakak. Hurmm.. Mia,kau ada duit?”Tanya Sam sambil tangannya menggulung-gulung rambut Damia yang lurus dan lembut itu.

Damia mula rasa tidak selesa. Dia mengundurkan dirinya lebih kurang tiga langkah dari Sam.

“Duit? Abang nak buat apa?”Tanya Mia keliru.

“Aku tanya kau ada duit atau tak? Susah sangat ke nak jawab soalan simple macam tu ?”marah Sam.

“Maaf bang. Buat sementara waktu ni Mia memang tak ada duit. Duit belanja yang arwah papa bagi sebelum dia meninggal pun dah habis. “balas Mia dengan tenang.

“Kau ni memang betul-betul tak guna. Aku ingatkan anak orang kaya macam kau ada duit 24jam. Tapi hampeh!!” jerit Sam lantas menampar pipi Damia.

Air mata Damia mengalir lagi. Kadang-kadang dia fikir mahu pergi saja dari rumah itu tetapi memandangkan dia kini sudah tiada siapa-siapa maka dia tabahkan hatinya. Dia pasti setiap masalah pasti ada jalan penyelesaaiannya.Dia yakin suatu hari nanti,dia pasti berjaya keluar dari neraka tersebut.






Kini jam loceng di dinding menunjukkan pukul 10.30 malam. Tetapi, kelibat Amy mahupun Sam masih belum muncul. Dari pagi mereka keluar.

“Assalamualaikum warahmatullah.. Assalalamualaikum warahmatullah..”

“Ya Allah ya Tuhanku.. Kau ampunilah segala dosaku,dosa kedua ibubapa serta abangku.Kau tempatkanlah mereka di sisi orang-orang yang beriman. Ya Allah kau jauhkanlah aku dari sebarang musibah. Kau tabah dan cekalkan lah hati aku bagi meneruskan hidup tanpa insan-insan yang aku sayang..Amin..”

Damia melipat telekung dan sejadah lantas menyangkutnya di dalam almari. Dia mengemas katilnya.Walaupun tempat tidurnya hanyalah bilik stor namun dia akur. Dia sedar statusnya yang hanya menumpang. Tidak pernah dia mengharapkan tidur di bilik yang jauh lebih baik.

Sedang dia mengemas katilnya,tiba tiba dia terdengar suara Amy menangis..
Dia masuk ke bilik Amy tanpa mengetuk pintu..

“Akak.. kenapa dengan akak? Akak sakit ke?”soal Damia cuba menunjukkan keprihatinannya terhadap Amy.

“Kau jangan sibuk tentang aku. Tak perlu kau tunjuk kononya kau ni manusia yang ada perasaan. Tak payah nak bermuka-muka dengan aku.. Berambus! Aku tak mahu tengok muka kau.. Keluar !! “ jerit Amy sambil menolak Damia.

“Maafkan Mia kak.Kalau akak lapar makanan Mia dah sediakan atas meja..”balas Damia lantas meninggalkan bilik tidur Amy yang penuh dengan poster-poster artis antarabangsa.


“Sampai hati kau buat aku macam ni Farouk! Sampai hati kau. Dulu,kau yang tergila-gilakan aku.. Tapi sekarang bila kau dah jumpa perempuan yang lebih muda dan cantik dari aku,kau buang aku.. Kau kejam Farouk! Jantan tak guna!”Amy bercakap sendirian sambil mengoyak beberapa keping foto seorang lelaki berusia 50 tahun.

Lelaki itulah yang selama ini menanggung semua beban Amy. Kereta,pakaiannya semua ditanggung seratus peratus oleh lelaki tua itu. Oleh kerana itulah dia boleh hidup senang lenang sedangkan dia bekerja hanya seorang kerani di sebuah pejabat swasta.Kini, lelaki yang lebih lanyak dipanggil “pak cik” itu telah meninggalkannya. Dia telah memilih seorang wanita yang jauh lebih cantik daripada Amy.

“Aku benci kau Farouk. Habis semua aku serahkan pada kau. Setelah kau curi hati aku,ini yang kau balas. Damn you Farouk! “ Amy mengomel sambil menarik-narik rambutnya yang berwarna merah itu.

Tetapi,di sebalik tangis dan kesedihannya itu,dia sempat berfikir…

‘Damia!! Diakan masih budak dan cantik. Kalau aku jual dia pasti hidup aku akan senang lenang. Mesti ramai lelaki yang mahukan dia.. Ya, Damia!!’ bisik hati Amy.





Keesokannya harinya,entah kenapa hati Damia rasa tidak tenang. Seolah-olah ada sesuatu perkara buruk yang bakal terjadi. Selepas selesai solat Subuh, tiba-tiba sahaja dia teringat akan pesan Mak Cik Jamilah,jiran sebelahnya.


‘Kenapanya? Mak Cik Jamilah minta aku untuk berhati-hati ?’ Damia mengomel sendirian.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

“Masukk!”

“Mia.. Ini akak ada buatkan susu segar untuk Mia. Mummy akak pernah pesan,kalau kita minum susu sebelum memulakan apa-apa aktiviti,badan kita akan lebih bertenaga.”kata Amy.

Damia terpaku. Dia kebingunan. Dia pelik kenapa tiba-tiba sahaja Amy yang dulu tak ubah seperti syaitan bertopengkan manusia boleh berubah sebegini rupa. Atau dia ada muslihat lain ?

‘Ahh..aku tak boleh prasangka buruk terhadap orang..’bisik Damia cuba berfikiran postitif.

“Terima kasih kak.”Damia mencapai gelas yang dihulurkan Amy lalu meneguknya perlahan-lahan.

“Mia,akak nak minta maaf. Akak sedar,selama ni akak banyak buat silap dengan Mia.Akak betul-betul bodoh. Akak minta maaf Mia. Sepatutnya akak berfikiran lebih matang memandangkan usia akak pun dah masuk 25 tahun. Akak minta maaf Mia.”rayu Amy yang cuba berlagak baik seperti malaikat kononya.


“Sudahlah kak. Setiap hamba Allah pasti melakukan kesalahan. Nobody’s perfect! Mulai hari ni, kita buang yang keruh,ambil yang jernih.”balas Damia lantas memeluk kakak saudaranya Amy. Dia yakin benar Amy kini telah berubah,tetapi sebaliknya dia tidak tahu Amy ingin menggadaikan satu-satu harta yang paling berharga buatnya iaitu maruah dan harga dirinya.


Kini sudah pukul 12.oo tengah hari. Damia sedang sibuk di dapur. Dia mahu masak makanan yang istimewa sebagai tanda kesyukuran kerana kononnya Amy telah berubah. Dia mahu menyediakan makanan kegemaran Amy iaitu spageti dan puding karamel. Bakat memasaknya sudah semestinya diwarisi oleh arwah nenek dan mamanya. Sebelum mamanya berkahwin dengan arwah papanya,mamanya berkerja sebagai seorang tukang masak di sebuah hotel ternama di Singapura.

“Mia.. akak nak keluar sekejap. Kalau ada apa-apa call me!” kata Amy berlagak konon-konon dia baik.

Sam mula merasa aneh. Dia pelik melihat kakanya tiba-tiba mesra dengan Damia.Dia menarik tangan kakaknya lalu diheretnya ke ruang tamu.


“What’s going on here? Can you explain to me?”Tanya Sam sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.


“Sabarlah dik oi! Akak buat semua ni kerana duit..”balas Amy sambil tersenyum sinis meilhat adiknya yang semakin bingung.

“Maksud akak?”soal Sam lagi.

“Akak dah break up dengan Farouk so sekarang ni akak betul-betul tak ada duit. Gaji akak tu belum tentu cukup untuk sara hidup kita berdua. Duit belanja yang mummy dan daddy kirim dari Argentina pun cukup-cukup untuk bayar bil letrik,bil air dan lain-lain.”terang Amy.


“So,what’s next ?”Tanya Sam sambil membetulkan rambutnya yang telah rosak akibat diusap-usap kakaknya.


“Why you are so stupid my dearest brother? Akak dah sediakan rancangan yang baik punya. Malam ni juga akak akan jual dia kepada seorang Dato’. Akak dah call dato’ tu,dia pun dah setuju. Lepas ni,si Damia tu tak akan ganggu lagi hidup kita. Kau dan aku akan hidup senang seperti biasa.”balas Amy.
Sam hanya tersenyum nakal tanda setuju dengan idea kakaknya.




Apakah yang bakal terjadi kepada Damia seterusnya. Berjayakah rancangan Amy dan Sam? Masih adakah jalan keluar Damia. Nantikan kesenambungannya di 3+1(bab 4)

CERITA SEMAKIN RUMIT…PEMBACA TERUSLAH SUPPORT! TERIMA KASIH !

1 comments:

Anonymous said...

cacaca..so intersting