Damia yang baru pulang dari bersenam di taman bersama Dato’Zakwan lantas berlari ke bilik. Dia yang masih berpakaian senaman menggeledah almari bajunya. Satu persatu barang dikeluarkan. Tidak cukup itu, dia menggeledah pula rak buku serta meja komputernya. Tetapi, barang yang dicarinya masih belum dijumpai juga.
“Ish.. mana pulak perginya benda alah tu.. Seingat aku ada dekat sini semalam.”Damia mengomel sendirian sambil membelek-belek A-4 paper di meja komputernya.
Damia buntu. Dia melabuhkan punggung di atas katil . Air mata jernih mula gugur ke pipinya yang gebu.
“Damia cari ni ke ?” Am mengibar-ngibarkan sehelai kertas putih yang dicari Damia hampir setengah jam tadi.
“Eh, mana abang jumpa? Macam orang gila Mia cari.. Abang ni ..” Damia merungut lantas merampas kertas di tangan Am. Rupa-rupanya potret yang dihadiahi Mikael yang dicarinya tadi. Berkali-kali Damia mengucup lukisan tersebut. Dia memeluk erat potret tersebut, satu-satunya hadiah dari Mikael buatnya.
“Semalam waktu abang nak selimutkan Mia, abang nampak lukisan ni terjatuh. Abang tak tahu nak letak dekat mana, so abang bawaklah masuk bilik abang. Sorry…”jelas Am panjang lebar.
Damia terdiam, tidak tahu apa yang ingin dikatakan.
“Mia.. Mia sayang dia?”tiba-tiba soalan dari Am membuatkan Damia tersentak. Air matanya semakin laju mengalir.
“Dia? Siapa?” Damia berpura-pura.
“Mia jangan tipu abanglah.. Abang ni makan garam dulu sebelum Mia.. Abang pun ada pengalaman bercinta jugak sebelum ni.. Dari cara Mia, abang dah tahu.. Yang Mia sebenarnya sukakan Kael kan?”Am cuba mengorek rahsia Damia. Dia duduk di sebelah Damia lantas menepuk-nepuk bahu kanan adiknya, Puteri Damia Batrisha.
“Mia.. mia.. sebenarnya.. mia..”Damia tergagap-gagap.
“Since when adik abang sorang ni jadi gagap ?”Am memetikkan jarinya di hadapan mata Damia.
“Ermm.. Mia pun tak pasti dengan jawapannya. Kadang-kadang Mia rasa Mia cintakan dia, tapi sometimes pula, Mia rasa lebih baik kami berkawan je. Lagipun, Mia dengan dia baru je kenal. Mia rasa masih terlalu awal untuk Mia terima dia sebagai buah hati Mia. Mungkin belum tiba masanya lagi. Mia…”belum sempat Damia menghabiskan kata-katanya Am sudah menyampuk.
“Abang faham.. Cinta tu bukannya benda yang boleh dipaksa. Cinta tu datang secara tiba-tiba. Mungkin satu hari nanti hati Mia akan terbuka untuk Kael.. Tapi, abang yakin, Kael bukanlah lelaki yang cepat berputus asa. Dia akan buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia mahu.”kata-kata Am membuatkan hati Damia sebak. Direnungnya lama lukisan di tangannya. Air matanya semakin deras.
“Dahlah.. Mia jangan nangis. Satu je abang nak nasihatkan Mia, fight for your love..” kata Am sebelum berlalu meninggalkan Damia.
Damia membisu seribu bahasa. Benar kata Am, kita harus berjuang untuk cinta kita. Damia sebak. Fikirannya terus melayang memikirkan Mikael. Entah apa yang dilakukannya sekarang ? Apa Mikael masih mencintai dia? Adakah Mikael masih menanti dia seperti yang dijanjikannya sebulan yang lalu,iaitu pada kali terakhir mereka berjumpa?Apakah Mikael juga merinduinya sepertimana dia merindui Mikael? Hanya Tuhan saja yang tahu jawapannya.
Lagu benar-benar nyanyian Adam terus menghangatkan suasana.
****
Sementara itu, Adi Mikael Az Zaffran sedang duduk termenung di tepi kolam renang di banglonya. Dia masih memikirkan soal Damia. Entah apa cara pula yang harus dilakukannya bagi merebut jiwa dan hati Damia.
“Oh God!! She’s really hard to get!” Mikael mengomel sendirian. Majalah URTV yang dipegangnya dibaling ke tepi. Jus oren yang dibuat ibunya, Puan Sri Aida diteguknya perlahan. Biskut Mary perisa coklat dijamahnya.
“DAMIAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”Mikael menjerit sekuat hatinya. Kakinya sengaja digerak-gerakkan menyepak air kolam.
“ Ya Allah.. Adi Mikael!! Apahal terjerit-jerit ni ? Sawan ke tak sihat ?” mamanya,
Puan Sri Aida berlari menuju ke arah anaknya. Direnung mata anaknya yang lebam.
“Astaghfirullah.. Ni apahal dengan mata kamu ni? Lebam-lebam?? Kamu gaduh ya Kael?”Puan Sri Aida meninggikan suara kepada Mikael. Dia memulas telinga kiri Mikael.
“Mata ni lebam bukan sebab gaduh lah ma.. Mata ni lebam sebab….”Mikael terdiam.
“Ish.. Mikael.. Diam lah! Takkan kau nak cerita dekat mama tentang Mia? Malulah aku kalau mama tahu mata aku lebam sebab menangis.. Apa alasan aku nak bagitahu mama ni ?”Kael mengomel sendirian mencari alasan.
“Kenapa kamu diam Mikael? Bagitahu mama, kenapa dengan mata kamu ni?”kali ini nada suara Puan Sri Aida semakin tinggi.
“Mama ni….”Kael cuba melarikan diri tetapi tangannya ditarik oleh ibunya.
“I’ll never let you go before you tell me everything what was happened to you .. Apa yang kamu buat sepanjang mama dengan papa ke Hong Kong ?”Puan Sri Aida merenung tepat ke dalam mata anak tunggalnya, Adi Mikael Az Zaffran.
“Mama..”suara Mikael kedengaran begitu lemah dan tidak bermaya.
“Cinta Kael ditolak !”balas Mikael perlahan. Mikael hanya tertunduk. Mukanya merah bagai tertelan cili api.
“What? Anak mama dah jatuh cinta ? This is a good story ! Mama kena bagitahu papa hal ni..Who’s that lucky girl ?”kata Puan Sri Aida keriangan. Maklum saja, itulah kali pertama dia dengar bahawa anaknya bercakap soal perempuan. Selalunya Mikael hanya bercerita tentang muzik bersama ibunya.
“Mama.. cinta kael DITOLAK!!”kali ini Mikael meninggikan suaranya. Puan Sri Aida terdiam. Dia membeliakkan matanya melihat Mikael. Di wajahnya terpampang seribu persoalan.
“Why ? Buta betullah budak perempuan tu.. Sanggup dia reject anak mama ni.. Apa kurangnya Kael.. Hensem, baik, bijak, apa lagi yang tak cukup.. You are a perfect guy, darling!”balas Puan Sri Aida agak beremosi.
“Mama… can you listen to me first ?” Kael memandang mamanya yang petah bercakap itu.
“Okey.. I’m sorry.. Ceritalah.. I’m listening!”Puan Sri Aida memeluk bahu anaknya. Dia duduk betul-betul di sebelah Mikael, bersedia berkongsi masalah dengan anaknya.
“That’s girl, Damia.. She’s a nice girl.. Dia cantik, baik, hormat orang tua.. And the most important is, she’s an understanding girl… Kael sukakan dia, ma. Dia tak macam perempuan lain yang sukakan Kael hanya sebab nak tumpang nama. Paling teruk, diaorang cuma pandang dengan apa yang Kael ada. Damia ni, she’s totally different.. She’s amazing,wonderdul .. I don’t know how to explain to you, but one word can I describe about her is.. PERFECT!”Kael tersenyum.
“Anak mama ni betul-betul tengah angau lah.. So, kenapa dia reject Kael?”soal Puan Sri Aida.
“Entahlah ma.. Alasan dia, kami baru kenal.. Tapi, Kael tak salahkan dia jugak.. Kael sanggup buat apa saja untuk pastikan yang dia juga cintakan Kael. Kael takkan cepat menyerah ma..”kata-kata Kael begitu bersemangat membuatkan ibunya begitu kagum. Puan Sri Aida memeluk lantas menggosok-gosok kepala Mikael.
“Love need sacrifice, darling! Remember that !” Puan Sri Aida sempat berbisik di tepi cuping telinga Mikael.
***
Kelihatan Damia sedang bersiap-siap. Dia sudah berjanji untuk keluar bersama sahabat karibnya Zafirah dan Hariri di The Mines. Damia hanya mengenakan t shirt merah jambu berjenama POPPI serta seluar panjang berjenama Levis. Wajahnya semakin anggun setelah ditepek sedikit powder face dan pengilat bibir berwarna merah jambu. Damia menyemburkan sedikit minyak wangi berjenama DIOR ke tubuhnya. Haruman baunya begitu menusuk hiung. Rambutnya dibiarkan tidak terikat menampakkannya lebih jelita.
“Abang, jomlah! I’m ready now..”Damia mengejutkan Am yang terlena di sofa sementara menunggunya bersiap.
“ARGHHH..”Am menggeliat. Dia melihat jam tangan SWATCH nya. Tepat pukul 1.45 petang.
“Mia, dah siap?”soal Am lembut. Damia hanya mengangguk perlahan. Damia menarik tangan Am yang kelihatan masih mengantuk.
“Sabarlah.. Abang nak cuci muka dulu.”kata Am sambil menggosok-gosokkan kedua-dua belah matanya.
“Ala.. No need lah.. Mia dah lambat ni.. Abang dah okay lah macam ni..” Damia merungut sambil membetulkan rambut Am yang kusut masai.
“Yalah.. yalah.. Kalau ya pun tak payahlah tarik-tarik abang.. Abang boleh jalan sendiri.”kata Am membulatkan matanya supaya berasa lebih segar.
“Ops.. sorry!”Damia tersenyum, melepaskan tangan Am. Dia menyarung sepatunya berjenama ELO. Topi keledar hitam disarungnya ke kepala.
Mujur saja jalan tidak begitu sesak. Jadi, tidaklah Damia lewat. Jika tidak, terpaksalah Damia mendengar bebelan Zafirah dan Hariri, sahabatnya sejak di sekolah.
“Elok-elok jalan tau.. Don’t talk to strangers!”pesan Am sebaik sahaja tiba di hadapan bangunan gah The Mines.
“Don’t worry lah bro! Tahulah macammana Mia nak jaga diri Mia.”balas Mia sambil membetulkan rambutnya yang rosak kerana ditiup angin.
“Tahulah Mia boleh jaga diri sendiri.. Abang pesan atas rasa tanggungjawab. Mia nak balik pukul berapa ni ?”soal Am merenung wajah Damia.
“Tak tahu lagi. Nanti, Mia call abang!”kata Damia menepuk bahu Am.
“Okeylah.. Kalau macam tu, abang balik dulu. Jangan lupa pesan abang tadi..”pesan Am kali terakhir sebelum meninggalkan Damia sendiri di situ.
Damia tersenyum. Dia melangkah masuk dengan perasaan yang gembira. Tidak sabar rasanya dia mahu berjumpa dengan Zafirah dan Hariri. Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika keputusan SPM keluar. Selepas itu, masing-masing sibuk dengan hal sendiri.Mereka hanya berbual melalui telefon dan laman web Myspace sahaja.
“Mia!!”kelihatan Zafirah sedang melambai-lambai tangan ke arah Damia.Begitu juga dengan Hariri yang nampak lebih matang dengan mengenakan kemeja kotak-kotak TOPMAN dan skinny jean.
“Hei.. Dah lama ke korang sampai ?”soal Damia lantas memeluk Zafirah yang asyik makan lollipop.
“Baru je lagi.. Tapi si Heri ni dah satu jam ada dekat sini..”balas Zafirah sambil menjuihkan bibirnya ke arah Hariri yang dari tadi tersenyum.
“Awalnya kau Heri…Jam kau cepat sangat ke?”sindir Damia sambil tersenyum manis.
“Taklah.. Aku excited sangat nak jumpa korang, so aku keluarlah awal. Takut jalan
jam, lambat pulak sampai.. FAHAM?” sengaja Hariri meninggikan suara ke telinga Zafirah. Zafirah mencubit Hariri lantas memukulnya dengan tas tangannya. Hariri menahan kesakitan.
“Korang ni tak ubah macam anjing dengan kucing tau.. Pantang jumpa mesti gaduh. Arwah mama aku cakap, kecik-kecik gaduh, besar-besar nanti….”belum sempat Damia menghabiskan kata-katanya, Zafirah dan Hariri sudah menjelingnya.
“SHUT UP!!”kata Zafirah dan Hariri serentak.
Damia hanya mampu ketawa melihat gelagat kedua-dua rakannya itu. Mereka berjalan-berjalan dan membeli belah. Damia membantu Zafirah mencari baju yang diidamkannya selama ini. Hariri pula sibuk mencari tali pinggang baru. Kemudian, mereka berhenti makan di salah sebuah food court di situ. Masing-masing memesan makanan kegemaran mereka. Hari tersebut begitu bermakna kerana, itulah kali pertama Hariri belanja Zafirah dan Damia makan. Selalunya,ketika di sekolah dulu, Damialah yang selalu jadi mangsa belanja mereka berdua. Damia berasa begitu bahagia. Segala masalahnya dengan Mikael hilang sepanjang dia bersama dengan Zafirah dan Hariri. Sepanjang di meja makan, mereka berkongsi berbagai cerita. Kenangan di sekolah, cita-cita, fesyen dan banyak lagi. Menurut Zafirah, selepas ini dia akan melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di Arab,memandangkan ayahnya baru ditukarkan ke sana. Hariri pula akan melanjutkan pelajarannya di salah sebuah universiti swasta di Malaysia dalam bidang kesenian. Hanya Damia yang tidak tahu masa depannya. Dia bukan tidak mendapat mana-mana tawaran, tetapi dia tidak tahu mana satu yang harus dipilihnya. Kalau ikutkan, dia mahu cuba nasib di semua universiti yang menawarkan tawaran kepadanya.
Kini, jam sudah menunjukkan hampir pukul 5.00 petang. Begitu pantas masa berjalan.
“Mia, kitaorang dah nak kena balik ni.. Mak aku dah sms suruh tunggu dekat luar..”Zafirah menunjukkan kiriman sms daripada ibunya.
“Hey.. Kejaplah! Aku nak ke toilet jap.. Please.. Tak tahan sangat dah ni.”kata Damia.
“Okey.. 5 minutes!”balas Hariri. Damia berlari ke arah kiri menuju ke tandas wanita. Gelagatnya hanya diperhatikan Zafirah dan Hariri.
Tidak lama selepas itu, Damia keluar dari tandas. Dia mengelap tangannya yang basah menggunakan sehelai tisu. Sesekali, dia membetulkan rambutnya agar sentiasa kelihatan kemas. Ketika dia sedang sibuk membelek beg galasnya mencari telefon bimbit, tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki.
“Eh.. sorry! I tak perasan!”kata Damia.
“Its okey..”lelaki tersebut bangun lantas menghulurkan telefon bimbit Damia yang terjatuh.
“Awak???” Damia terkejut apabila melihata lelaki tersebut adalah lelaki yang selalu dirinduinya, Mikael.
“Mia!!”Kael tersenyum. Mahu saja dia merangkul tubuh wanita di hadapannya itu.
“Sorry, I have to go!”Damia cuba mengelakkan dirinya daripada Mikael.
“Mia.. wait!”Mikael menarik bahu Damia.
“Lepaskan Mia, Kael.. Pleasee…”rayu Damia. Kael terpaksa akur. Dia tidak dapat menahan perasaannya. Damia betul-betul bencikan akan dirinya . Mukanya saja Damia tidak mahu pandang, apatah lagi berbicara dengannya. Hati Mikael terkilan.
“Mia.. Kael akan tunggu Mia!”tiba-tiba Kael menjerit sekuat hatinya. Semua orang memandangnya. Kael seolah-olah tidak berada di dalam dirinya.
“Guys.. Jom!”Damia masih mampu tersenyum. Padahal, dalam hatinya, hanya DIA saja yang tahu..
“Who’s that guy?”tanya Hariri dan Zafirah serentak.
“Tak ada siapa-siapa. Tadi, korang kata nak cepat kan.. Jom lah!”Damia menarik lengan Zafirah dan Hariri. Sesekali dia menjeling ke belakang melihat Mikael yang masih tetap berdiri memperhatikannya.
Kelihatan Honda CRV milik ibu Zafirah sudah lama menunggu. Zafirah bersalaman lantas memeluk Damia sambil diperhatikan Hariri. Mereka sempat berjanji agar persahabatan mereka tidak akan pernah berhenti.Damia sekadar melihat Zafirah dan Hariri melangkah masuk ke dalam kereta. Perlahan-lahan kereta ibu Zafirah semakin kabur dari pandangan Damia.
“Ish.. apahal aku rasa tak sedap hati ni ? Is something going to happen ?”bisik hati kecil Mikael.
“DAMIAA!”tiba-tiba Mikael teringat akan Damia. Dia berlari keluar mencari Damia.
Kelihatan Damia sedang duduk di bangku seorang diri. Mikael sekadar melihat Damia dari jauh.
“Alamak.. time macam ni lah bateri ni buat hal. Ni mesti sebab terjatuh tadi. Useless punya phone!”Damia membebel seorang diri sambil menepuk-nepuk telefon bimbitnya.
Tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Hei, Puteri Damia Batrisha!”suara garau lelaki tersebut seperti pernah Damia dengar sebelum ini. Dengan pantas Damia menganggkat kepalanya.
“Abang Sam.. Kak Amy??”Damia terkejut. Dia bangun. Beberapa kali Damia menelan air liurnya.
“Apa abang dengan akak buat dekat sini ?”soal Damia.
“Sejak bila The Mines ni milik bapak kau sampaikan, kitaorang tak boleh datang ke sini ?”kata Amy mengibarkan rambutnya yang berwarna merah itu.
“Mia.. Aku dengar cerita, hidup kau senang sekarang. Biasalah, kalau orang kaya tinggal pulak dengan orang kaya, mesti bertambah kaya.. Betul tak ?”kata Sam pula.
“Yup.. Mia senang sekarang. Tak macam dulu. Waktu Mia tinggal dengan akak dan abang. Hidup Mia begitu terseksa.”sengaja Damia menyakitkan hati dua beradik kejam yang hampir merosakkan masa depannya dahulu.
“Oh.. dah pandai melawan kau sekarang ya! Kami bukannya nak apa dari kau.. We just need some money..”kata Amy sambil menunjukkan isyarat duit di hadapan Damia.
“Kami tak minta banyak Mia.. Kami cuma perlukan RM 20 000 untuk selesaikan hutang-
hutang kami.”kata Sam pula sambil menggulung-gulung rambut Damia.
“RM 20 000?? Itu abang cakap tak banyak ? Mana Mia nak cekup duit sebanyak tu ?”kali ini suara Damia mula berubah. Dari tegas ke nada yang perlahan. Matanya mula berkaca.
“Itu aku tak peduli. Macam mana cara kau nak dapatkan duit tu, terserah pada kau. That’s your problem.. Yang penting, aku nak duit tu, selewat-lewatnya next month..”suara Sam begitu menggerunkan Damia.
“Kalau kau berjaya dapatkan duit tu, kami takkan ganggu hidup kau lagi selepas ini..”kata Amy pula.
“TAKK!! Mia tak ada duit..” Damia mencapai begnya lantas berlari pergi.
“Kau nak pergi mana? Nak lari?”Sam menarik lengan Damia. Sementara itu, Amy pula menampar pipi Damia. Damia memegang pipinya. Air matanya mula membasahi pipinya. Mahu saja dia menjerit meminta pertolongan tetapi dia bimbang jika Amy dan Sam akan mengapa-apakannya.
“Woi!! Lepaskan dia!!”jerit Mikael.
“Wah.. macam dalam filem Hindustan pulak. Hero datang selamatkan heroin.. Kau ni siapa? Berani betul masuk campur hal rumah tangga orang !”kata Sam menolak bahu Mikael.
“Kael.. Pergi Kael!! Biarkan Mia!”Damia menyuruh Kael pergi dari situ. Dia tidak mahu Sam mengapa-apakan Mikael.
“No.. Kael takkan biarkan sesiapun apa-apakan Mia. Kael kan dah berjanji sebelum ni !”balas Mikael berani.
“Oh.. Kael!! Budak jambu tak cukup umur ada hati nak lawan aku. Lebih baik kau berambus sebelum tapak kasut aku saiz lapan ni hinggap kat muka jambu kau tu.. BLA lah!!”jerit Sam.
“Aku takkan pergi selagi korang tak lepaskan Mia..”Kael begitu nekad. Sam tanpa berfikir panjang lantas menumbuk muka Mikael. Begitu juga Mikael yang pantang dicabar, membalas tumbukan Sam. Mereka bergaduh. Orang sekeliling sekadar memerhatikan mereka.Pengawal keselamat juga tidak berani campur tangan kerana Sam merupakan samseng yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Siapa yang tidak kenal dengan Sam,kaki pukul,kaki judi,kaki arak,kaki perempuan dan lain-lain.
“Mia.. lari Mia! Lari!!!”Mikael menjerit meminta Damia lari menyelamatkan diri. Nyawanya kini tidak penting, dia hanya memikirkan keselamatan Damia.
Damia menggigit tangan Amy lantas berlari menyeberangi jalan. Tiba-tiba,tanpa melihat kiri dan kanan, Damia tidak sedar ada sebuah lori yang datang dari sebelah kanannya.
“DAMIAAAAAAAA!!!!!!!!”Mikael menjerit supaya Damia sempat mengelak dari dirempuh lori tersebut.
PANGGGG!!!
***
Kelihatan Mikael tidak senang duduk. Dari tadi dia menunggu Damia. Bajunya yang berlumuran darah tidak dihiraukannya. Yang penting, Damia selamat.
“Kael… Damia mana?”Datin Yati berlari ke arah Kael mencari-cari Damia.
“Masih dekat dalam..”balas Kael perlahan. Damia masih lagi dalam rawatan ICU. Dari tadi, tiada seorang doktor pun yang memberi apa-apa respon. Sudah hampir satu jam Kael menunggu Damia di ruang menunggu hospital.
“Ya Allah!! Apa yang dah jadi ?” Datin Yati menangis. Dia tertuduk. Suaminya, Dato’ Zakwan cuba menenangkan isterinya.
“Kael.. apa yang dah jadi ?”soal Am risau.
“Aku sendiri tak tahu.. Tadi aku terserempak dengan Mia dekat The Mines. Tapi aku tak sempat cakap apa-apa dengan dia. Dia dah nak balik waktu tu. Tiba-tiba, aku rasa tak sedap hati. Aku ikut dia dari belakang. Then, aku nampak ada sorang perempuan dan sorang lelaki datang dekat dengan dia. Perempuan dengan lelaki tu bertindak kasar pada Mia. Jadi, aku datang dekat dengan mereka. Aku cuba nak bela Mia. Aku suruh Mia lari. Serius, aku tak perasan langsung ada lori dekat seberang jalan. Kemudian…”Kael tidak dapat menahan sebak. Dia terduduk di atas lantai. Mukanya dipekup dengan tapak tangannya.
“Kael kenal siapa lelaki dan perempuan tu?”soal Dato’ Zakwan inginkan kepastian. Mikael sekadar menggeleng.
“Boleh saya tahu mana satu ibu atau bapa pesakit bernama Puteri Damia Batrisha?”tiba-tiba Dr Siva,seorang doktor berketurunan Sink keluar dari bilik rawatan.
“Saya..Saya ibu pesakit! Macam mana dengan anak perempuan saya doktor ?”Datin Yati begitu risau. Dia masih tidak berhenti menangis.
“Anak puan masih belum sedarkan diri. Dia kehilangan banyak darah..”balas doktor lelaki tersebut.
“Ya Allah.. MIAA!!”Datin Yati meratap.
“Dia memerlukan penderma darah secepat yang mungkin. Jika tidak, selagi itu dia tidak akan sedarkan diri.”sambung Dr Siva lagi. Bunyinya seperti begitu serius.
“Boleh saya tahu golongan darah pesakit?”soal Am tenang.
“O!”balas doktor tersebut ringkas.
“Kalau macam tu, biar saya je yang jadi penderma kepada Damia. Kebetulan golongan darah saya juga O!”kata Mikael lantas berdiri betul-betul di hadapan Dr Siva.
“Kamu serius ?Kalau macam tu, sila ikut saya bagi menjalani beberapa test.”Mikael megikut doktor tersebut. Dia tidak menghiraukan panggilan Datin Yati dan Dato’ Zakwan. Panggilan rakan karibnya, Am juga tidak dipedulikannya.
Setelah hampir beberapa jam menunggu di hospital, akhirnya Damia membuka kelopak matanya perlahan.
“Mama!!”panggil Damia perlahan.
“Mia!!Alhamdulillah.. Mia dah sedar!”jerit Datin Yati menyedarkan Am dan Dato’ Zakwan.
“Mia.. Syukur Mia tak apa-apa!”kata Dato’ Zakwan pula.
“Apa yang dah jadi ?”Damia bingung melihat tubuhnya berada di atas katil hospital.
“Panjang ceritanya, Mia! Nanti bila Mia dah sihat, abang ceritakan semuanya pada Mia..”balas Am tersenyum lega.
“Kael mana?”tiba-tiba Damia teringatkan Mikael.
“Kael ada dekat luar,sayang. Damia kena terima kasih pada dia.. Kalau dia tak donate kan darah dia pada Mia, Mia tak mungkin sedar lagi sekarang ni..”kata Datin Yati
lembut lantas mengucup dahi Damia.
“Kael derma darah untuk Mia?”Damia tersentak. Begitu besar pengorbana Mikael. Mikael nampaknya begitu mencintai Damia.
“Boleh abang panggilkan Kael?”Damia teringin berjumpa dengan Mikael.Amran akur. Dia keluar dari bilik lantas memanggil Mikael yang menangis dari tadi bimbang akan keadaan Damia. Mikael melangkah perlahan ke dalam bilik Damia.
“Kael.. Thanks a lot! Kalau tak ada Kael, mungkin Mia dah lama..”kata-kata Damia tiba-tiba terhenti.
Mikael meletakkan jari telunjukkan di bibir Damia.
“Kael kan dah janji.. I’ll do anything for you! Mia dah lupa ke ?”balas Mikael menarik nafas lega melihat Damia sudah mula bercakap.
“Auntie.. uncle.. Boleh tak kalau malam ni Kael je yang jaga Mia?”Mikael menoleh ke belakang melihat tepat ke dalam biji mata Dato’ Zakwan dan Datin Yati.
Datin Yati, Dato’ Zakwan dan Am saling berpandangan.
“Sure!! Tapi ingat, Kael kena jaga Mia betul-betul.. Kalau ada apa-apa cepat-cepat call auntie!”balas Datin Yatin sambil memeluk bahu Mikael yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
“Thanks auntie! Kael janji, Kael akan pastikan Damia baik-baik saja. Auntie, uncle dengan Am tak payah risau. Kael akan jaga Mia betul-betul. Takkan ada sekor nyamuk pun yang berani hisap darah Mia selagi Kael ada dekat sini jaga dia..”Kael begitu tekad.Dato’Zakwan dan Datin Yati tersenyum.
“Bertuah anak mama dapat Kael..”usik Datin Yati.
Damia tersentak. Dia terfikir maksud yang keluar dari bibir Datin Yati. Damia tersenyum. Walaupun badannya masih rasa lenguh, namun dia bahagia kerana dia boleh meluangkan masanya dengan Mikael.
“Bro!! Take care adik aku baik-baik! Kalau kau apa-apakan dia, aku sembelih kau hidup-hidup. Tentang parents kau, nanti aku informkan dekat diaorang. Nanti aku minta mama kau siapkan pakaian kau. Sementara tu, untuk malam ni, kau pakailah sweater aku ni.”kata Am lantas menghulurkan baju sejuknya kepada Mikael bagi menggantikan baju Mikael yang kotor berlumuran darah.
“Thanks bro!”Mikael tersenyum. Dato’ Zakwan,Datin Yati dan Am meninggalkan Mikael dan Damia berdua. Memandangkan jam pun sudah menunjukkan hampir pukul sebelas malam, terpaksalah mereka pulang ke rumah. Esok, Dato’ Zakwan akan berangkat ke Pulau Pinang atas urusan kerja selama dua hari. Datin Yati pula ada temu janji dengan tiga orang pelanggannya .
“Mia, nak makan ?”soal Mikael lantas mengeluarkan coklat dari beg galasnya.
“Boleh jugak!”jawab Damia. Mikael membuka sarung plastik coklat tersebut lantas menyuapkannya perlahan ke mulut Damia. Sesekali, dia mengelap kesan coklat di mulut Damia.
“Kael.. Thanks!Kael masih nak tolong Mia, walaupun Mia dah sakitkan hati Kael.”tiba-tiba Damia bersuara memecahkan suasana.
“Hei,its okaylah. Kael tak ambil hati pun.”Mikael menyelimutkan Damia yang kelihatan kedinginan.
“But the way, siapa lelaki dan perempuan siang tadi tu?”soalan Mikael membuatkan Damia terkedu.
Akhirnya, Damia terpaksa menceritakan segalanya kepada Mikael. Lelaki dan wanita itulah yang membuatkan hidup Damia sengsara. Lelaki dan wanita itu juga yang menyebabkan maruahnya hampir tergadai. Dan, lelaki dan wanita itulah yang menyebabkan dia berada di hospital sekarang ini.
“They need RM 20 000, Kael.. Mia tak tahu nak cari duit dari mana. Kalau boleh, Mia tak nak susahkan mama dan papa lagi. Cukuplah selama ni mereka dah banyak berkorban untuk Mia.”kata-kata Damia diikuti dengan tangisan.
“Mia.. You have to be strong. Setiap yang terjadi pasti ada jalan penyelesaiannya. Kael janji akan bantu Mia. Mia jangan risau. Kawan-kawan The Melterz pun ada. Kael pasti, diaorang pun sedia bantu Mia.”Mikael menggenggam tangan Damia. Dia cuba menenangkan Damia. Dia tidak mahu melihat wanita yang dicintainya itu menderita lagi.
“Thanks,Kael!”Damia menangis. Air jernih yang gugur dari kelopak mata Damia disapu Mikael lembut.
“Please,don’t cry,Mia! Kalau Mia sedih, Kael pun sedih. Mia kena kuat!”Kael merapatkan dadanya ke kepala Damia. Dia membelai lembut rambut Damia. Damia menangis di pangkuan Mikael.
“Mia.. No matter what, Kael akan cuba tolong Mia. Kael akan dapatkan duit tu as soon as possible. Yang penting Mia bahagia. Yang penting, Kael boleh lihat senyuman Mia lagi.”bisik hati kecil Mikael. Entah apa yang mampu dia lakukan untuk mendapatkan wang sebesar RM 20 000 itu.
“Kael..”panggil Damia lembut.
“Yup!”Kael menyahut panggilan Damia.
“Boleh tak Kael nyanyikan Mia apa-apa lagu. I miss your voice so much.”kata-kata Damia membuatkan Mikael tersenyum.
“Mia nak Kael nyanyi lagu apa ?”soal Kael. Rambut Damia terus dibelainya lembut.
“Anything..”jawab Damia ringkas.
Akhirnya, Mikael menyanyikan Damia sebuah lagu yang begitu syahdu dari D’masiv, cinta ini membunuhku. Lagu tersebut seolah-olah kena dengan situasi yang dialami mereka sekarang.
Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan
[Reff]
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan
Back to Reff
…. Wooo…Uuhh…Haaa…
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku
Akhirnya, Damia terlena di pangkuan Mikael. Mikael meletakkan kepala Damia ke atas bantal lantas menyelimutkan tubuh Damia. Sementara itu, dia hanya duduk di atas kerusi bersebelahan katil Damia.Semalaman Kael tidak tidur,menjaga Damia. Dia meratap wajah Damia yang sedang nyenyak tidur.
“Wajah Mia, tak ubah macam Puteri Aurora yang sedang beradu..”bisiknya sendirian.
p/s : Apakah agaknya yang bakal dilakukan Mikael bagi membantu Damia?Adakah Mikael berjaya menambat hati Damia. Adakah hati Damia akan terbuka untuk kehadiran Mikael? Berjayakan Damia mendapatkan RM 20 000 yang diminta Amy dan Sam?Nantikan kesinambungan 3+1(bab10)
Saturday, August 1, 2009
3+1(bab 9)
Posted by mini at 9:24 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)