CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, June 21, 2009

3+1(bab 8)

Jelas kelihatan Dato Zakwan dan Datin Yati sedang bergegas ke pejabat. Maklum saja, masing-masing sibuk dengan temu janji bersama pelanggan. Hari ini sahaja, Dato Zakwan perlu bertemu dengan empat orang clientnya,dua dari New York,seorang dari Arab dan seorang lagi, Tan Sri Aji dari Malaysia.Kedua-dua mereka memang kaki bisnes.

“Am.. hari ni mama dengan papa balik lewat sikit tau. So, Am dan Mia tak payah tunggu kami. Duduk rumah elok-elok. And one more thing, jangan lupa makan.”pesan Datin Yati sebelum berangkat ke butik.

Am sekadar tersenyum dan mengangguk perlahan. Kadang kala naik lali dia mendengar pesanan mamanya yang sama sahaja. Dari dahulu hingga sekarang tak pernah berubah.Tangan Dato Zakwan dan Datin Yati diciumnya halus. Am sekadar melihat kereta orang tuanya dari hadapan pintu rumah.


“Alalala.. sweetnya anak mama sorang ni..”Mikael mula mengusik Am. Pipi Am diusapnya perlahan.


“Ish kau ni kenapa,mangkuk ? Kena sampuk ke buang tabiat. Naik meremang bulu kaki aku tengok kau. Dah ada gaya mak cik-mak cik dah ha..”kata Am lantas menumbuk kuat perut Mikael.


“Aduhhh… Sakitlah!! Aku gurau je..”jerit Kael menahan sakit.


“Hahahaha.. padan muka kau. Itulah padah kalau kacau aku. Aku ni kan ex student John Cena..”Am ketawa terbahak-bahak.


“Yalah..yalah.. aku salah!!”Mikael mangaku salah.


Am dari tadi tidak berhenti henti dari terus mentertawakan rakannya,Mikael.Dia memapah Mikael ke sofa. Am dan Mikael memang sudah seperti adik beradik. Pernah Mikael bermalam di rumah Am selama dua minggu. Ibu bapa mereka juga sudah lama berkawan. Kadang-kala masalah Mikael turut dikongsi bersama orang tua Am, Dato Zakwan dan Datin Yati.



“Kau ni memang tak guna lah Am. Tak ada hati perut langsung,”kata Mikael masih memegang perutnya menahan rasa senak.


“Apa ?? Kau nak kena lagi ke ? Karang aku bagi double baru kau tahu,”Am mengusik lagi.


“Eh.. tak nak..tak nak!”kata Mikael sambil menutup mukanya dengan bantal.


“Kau ni gelabahlah Am.. Aku main-main je.. But the way, kau tak pergi mana-mana ke hari ni?”sambung Kael lagi.


“Tadi Aedy ada sms aku. Dia ajak pergi jamming.Tapi dia suruh aku tanya kau dulu.”balas Am lantas menunjukkan kiriman sms dari Aedy.


“Lahh.. kenapa tanya aku pulak? Ketuanya kau bukan aku !”Kael bingung.


“Biasalah tu. Dah nama Aedy! Macam kau tak kenal mat belia tu.”selamba Am mengutuk rakannya,Aedy yang setahun lebih muda dari mereka berdua.


Kata-kata Am diikuti gelak ketawa Mikael. Sedang asyik mereka berdua berbual tentang muzik, kelihatan Damia sedang turun tangga menuju ke arah meja makan. Walaupun hanya mengenakan baby T berjenama Scarlet dan seluar jean jenama Levis, namun Damia tetap kelihatan anggun seperti biasa. Rambutnya yang panjang dibiarkan tanpa diikat membuat Damia lebih kelihatan manis.Mata Mikael tidak terlepas dari terus memandang Damia.Biji matanya tidak berkelip walau sekali. Am sekadar tersenyum kambing melihat gelagat aneh rakannya,Adi Mikael Az Zaffran.




“Kalau suka cakap suka.. jangan esok putih mata kalau si dia disambar orang.”Am memecahkan suasana. Dia membaling majalah yang dibacanya tepat ke muka Mikael.


“Eh,kau ni!! Merepek je lah..” Kael tersentak. Dahinya berkerut seribu kononnya tidak faham apa yang dikatakan oleh Am.


“Eleh.. Tak payah lah kau nak berlakon. Aku bukannya baru kenal kau sehari dua. Aku masak sangat dengan perangai kau.”kata Am.


“Tapi kan Kael.. sepanjang aku berkawan dengan kau, aku tak pernah dengar kau suka mana-mana budak perempuan. Atau kau sengaja nak berahsia dari aku ?”kata Am lagi cuba mengorek rahsia dari kotak hati Mikael.


“Ish.. apa kau merepek ni ? Serius, sepatah apa pun aku tak faham.”Kael berpura-pura. Sengaja dia mengelak dari terus mendengar kata-kata Am. Sudah dia tahu, Am pasti mahu menyakatnya lagi.


“Hmmm.. tak apalah Kael.. Tapi ingat, kau boleh tipu aku.. Tapi kau tak boleh tipu hati dan perasaan kau.. Kau tak boleh tipu diri kau sendiri.”kata-kata Am begitu mendalam membuatkan Kael terdiam seketika.


“You right Am. Aku tak boleh tipu diri aku sendiri…Tapi aku takut.. Aku takut kalau cinta aku ditolak..”bisik hati kecil Mikael.


“Miaaa… sini kejap!”jerit Am memanggil Damia yang baru selesai bersarapan.


“Apa ?”soal Damia menghampiri Mikael dan Am.


“Mia free tak tengah hari nanti ?”soal Am lembut.
Mikael yang dari tadi memandang tajam ke arah wajah Damia yang saling tak tumpah seperti bintang Hollywood,Salena Gomez tiba-tiba tersenyum.


“Am mesti nak ajak Mia join pergi jamming nanti.. Wallawey.. indahnya dunia!”Kael mengomel sendirian.


“Free.. Kenapa ?”Damia bingung. Lagi-lagi apabila melihat Mikael yang dari tadi asyik tersenyum lebar hingga ke telinga.


“Mia nak ikut kitaorang pergi jamming tak?”pelawa Am memandang tepat ke mata Damia.


“Jamming?”tiba-tiba sahaja Damia teringatkan arwah abangnya, Danish Baihaqi. Pernah beberapa kali dia mengikut abangnya jamming di studio. Bukan itu sahaja, Damia juga pernah bersama-sama abngnya perform di atas pentas ketika malam merdeka. Ketika itu, dia menyampaikan sebuah lagu dari band terkenal,Hujan yang berjudul Pagi yang gelap.Tapi sayang,semua itu hanya tinggal kenangan. Sebuah kenangan dan memori yang tak mungkin Damia lupakan sampai bila-bila.


“So, nak ikut ke tak ni?”lamunan Damia terhenti selepas dua kali disergah Am.


“No problem!! Mia ikut!”balas Mia lantas tersenyum.


“YESSSS!!”jerit hati nurani Mikael.


“Ermm.. kalau dah tak ada apa-apa,Mia naik atas dulu.. Ada kerja sikit.”kata Damia sambil menjeling ke arah Mikael yang dari tadi asyik menatap wajah manisnya.





“Okey!! Tapi ingat, pukul dua kita dah nak gerak..”pesan Am sebelum Damia melangkah pergi.
Damia sekadar mengangguk.


“Yang kau ni tersengih-sengih macam kerang busuk apsal?Kau sasau ke apa ?”sapa Am mematikan senyuman Kael.


“Lah.. senyum pun tak boleh ke ? Senyum tu kan sedekah..”balas Mikael selamba sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.


“Eh.. aku naik atas kejap.. Mengantuklah..”tiba-tiba sahaja mata Mikael terasa begitu berat. Mungkin kerana malam tadi dia tidur lewat. Maklum saja, selepas pulang dari makan malam di Titiwangsa,dia dan Amran leka bermain Playstation 3 hingga jam 5.30 pagi.


“Pergilah.. Tapi jangan salah masuk bilik Mia pulak..”Am sempat mengusik Kael. Kael hanya tertunduk menahan malu.


“Kael.. Kael!! Why you are too slow? Kau ingat aku tak tahu isi hati kau. Come on lah!!Aku tahu sangat perasaan orang yang tengah angau macam kau..”Am mengomel sendirian. Entah mengapa, dia yakin benar bahawa yang sebenarnya Kael memang ada hati terhadap adik angkatnya, Damia.


**Sementara itu, Mikael sedang asyik termenung di dalam bilik. Berkali kali wajah Damia bermain di benak fikirannya.


“Adoyaii!! Mikael!! What’s wrong with you ? Tak pasal-pasal teringatkan Mia.”kata Mikael perlahan sambil memukul-mukul kepalanya.



Adi Mikael mencapai gitar kesayangan milik Am. Dipetiknya tali gitar perlahan. Fikirannya tak lari dari terus memikirkan Damia. Mikael sempat memainkan sebuah lagu nyanyian Dewa 19,Pupus. Dia tertanya-tanya,adakah situasi dirinya sekarang sama seperti maksud lagu tersebut iaitu cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan.

Aku tak mengerti
apa yang kurasa
rindu yang tak pernah
begitu hebatnya
* aku mencintaimu
lebih dari yang kau tahu
meski kau takkan pernah tahu
aku persembahkan
hidupku untukmu
telah ku relakan
hatiku padamu
namun kau masih bisu
diam seribu bahasa
dan hati kecilku bicara
baru kusadari
cintaku bertepuk sebelah tangan
kau buat remuk sluruh hatiku
semoga aku akan memahami
sisi hatimu yang beku
semoga akan datang keajaiban
hingga akhirnya kaupun mau



Tanpa dia sedar,nyanyiannya sampai ke cuping telinga Damia yang sedang melayari laman web Myspace di bilik sebelah.


“Mikael ke tu? Boleh tahan juga suara dia!”Damia menghayati setiap butir yang keluar dari bibir Mikael.Suara Mikael yang begitu syahdu membuatkan air mata Damia hampir mengalir.


Mikael mencapai sehelai kertas kosong dan sebatang pensil 2B. Dia ingin melukis lakaran wajah Damia. Bakat melukisnya betul-betul diwarisi ibunya, Puan Sri Aida yang merupakan seorang pelukis terkenal.Berkali-kali Mikael menutup rapat matanya bagi mendapatkan idea, sehingga dia tidak perasan bahawa Am sedang memerhatikannya dari luar. Am mula tertanya-tanya apa agaknya yang dilukis oleh Kael itu.


“Biasanya Kael cuma lukis apa-apa yang dia rasa special.. Tapi takkan dia lukis gambar bilik aku pulak.. Special sangat ke bilik aku ni?”Am mengomel sendirian. Sekali sekala dia tersenyum bangga.Adi Mikael terus melukis potret Damia sambil ditemani lagu dari Meet Uncle Hussain,milk in the bottle.


Jarum jam kini menunjukkan tepat pukul 1.50 petang. Kelihatan Am, Damia dan Mikael
sudah bersiap.


“Lorr… Kalian mahu kema dong?Enggak makan dulu di rumah sih?”sapa bik Biah.

“Eh, bik.. Tak apalah..Balik nanti kitaorang makan.. Bik tak payah tunggu kitaorang tau.. Kitaorang balik lambat sikit hari ni.. Kalau mama atau papa tanya, kata kami pergi jamming. Mia pun pergi sekali.”jawab Am sambil tersenyum. Sweater hitamnya disarung ke tubuhnya. Helmet yang tersimpan di belakang pintu dicapainya perlahan.
Enjin motor masing-masing dihidupkan. Setelah siap menyarung sepatu,mereka bertiga terus berlalu pergi.Seperti biasa, Damia dibonceng abangnya, Am.



Damia kelihatan anggun dengan mengenakan T-shirt hitam dan cardigan biru muda. Am pula tampil bergaya dengan T-shirt mickey mouse berwarna merah dan skinny jean yang dibelinya di Sabah.Begitu juga Kael yang ringkas mengenakan t-shirt putih berjenama Topman dan skinny jean ala-ala vokalist Bunkface, Sam. Gayanya lebih terserlah dengan lilitan nafla di lehernya.Rambut spike menjadikan Kael nampak lebih kacak.






Mereka sampai lima minit lebih awal dari waktu yang dijanjikan.Kelihatan Aedy Haris sedang menunggu di dalam bilik jamming.


“What’s up bro !”Am dan Mikael bersalaman dengan Aedy. Itulah kali pertama mereka bertemu setelah pulang dari Sabah.


“Mana AG?”tanya Am.
AG merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan mereka. AG atau nama sebenarnya Azrul Ezany merupakan pemain base. Antara mereka berempat AG lah yang paling bermasalah. Dia sering leat ke tempat latihan. Pernah juga beberapa kali dia tidak hadir semasa show mereka dijalankan.Kalau diikutkan hati, mahu saja Am dan yang lain-lain menyingkirkan AG dari band mereka, THE MELTERZ, tetapi tidak sampai hati memandangkan AG merupakan sahabt mereka dari sekolah rendah lagi.


“Entahlah.. aku dah try call tapi tak berangkat. Sms aku pun sampai sekarang dia tak reply.”kata Aedy sambil mengangkat bahu. Wajah Am terus berubah. Ditepuknya dinding dua tiga kali melepaskan geram.


“Relax..relax.. Let me try to contact him.. Who knows, dia jawab..”Mikael cuba menenangkan Am. Fikiran Am sudah mula bercelaru.Mikael cuba menelefon AG tetapi malagnya AG gagal dihubungi.


“Tak angkat..”Mikael merungut lantas mematikan telefon bimbitnya.

“Tak pe.. tak pe.. Kita tunggu dalam sepuluh minit lagi.. But the way, siapa ni? Tak
ada orang kenalkan dekat aku pun.”soal Aedy pelik melihat Damia yang dari tadi berdiri di sebelah Am dan Mikael.


“Oh.. sorry.. Aku lupa nak kenalkan.. Damia, nia Aedy.. Dia main lead guitar untuk band ni.. Aedy, ni adik angkat aku, Damia..”kata Am. Aedy terus berjabat tangan dengan Damia sebaik sahaja berkenalan. Mereka kelihatan seperti sudah lama kenal. Mikael yang melihat gelagat Aedy dan Damia terus mengeluh beberapa kali. Mungkin saja dia cemburu melihat kemesraan Aedy dan Damia.






Sepuluh minit terus berlalu tetapi batang hidup AG masih belum kelihatan.


“Ok guys… I think better we start practice now.. Kalau nak tunggu si AG sampai, jawabnya tak terlatih jugak lah kita hari ni..”kata Am lantas mencapai microphone di hadapannya.

“Good idea, Am.. Kita dah tak ada masa ni. Next week dah nak kena perform dekat Sunway.”Mikael bersetuju dsn terus ke tempatnya di belakang. Sebagai drummer sudah menjadi lumrah duduk di bahagian belakang sekali.

“Tapi Am, kita kan tak cukup ahli.. Macam mana nak practise?” Aedy membantah.

“Mia ka nada.. Mia boleh tolong korang.” tiba-tiba Damia bersuara.

“Mia??? Mia nak tolong apa?”soal Aedy lembut.

“Ganti AG!!” jawab Mia ringkas.

“Mia.. Are you kidding?Mia boleh main gitar ke?”soal Am kehairanan.

“Of course.. Sebelum ni Mia selalu berlatih dengan arwah abang. And, for your information, Mia pun pernah pergi gigs macam you guys jugak..Rasanya tak ada masalah kot kalau Mia ganti AG untuk hari ni.. So, nak Mia tolong tak ni?”balas Damia panjang lebar.

Am, Kael dan Aedy saling berpandangan. Kael dan Aedy mengangguk tanda setuju.


“Okeylah kalau macam tu.. Ni gitar Mia dan ini code lagu.. Hari ni kita akan practise tiga buah lagu. First sekali, lagu dari Meet Uncle Hussain, pari-pari di bawah angin. Then, lagu di sampingmu dari The Divine Master.. Last sekali baru lagu band kita sendiri.”jelas Am panjang lebar lantas menghulurkan gitar kepada Damia.

“Oraittt boss!!” jawab Damia tersenyum lebar.

Kael dan Aedy turut tersenyum melihat gelagat dua beradik itu.

**Kini sudah hampir pukul 8.00 malam. Masing-masing kelihatan begitu letih. Mereka sempat singgah di sebuah restoran untuk makan malam. Tekak mereka terasa begitu kering. Kalaulah ada air perigi, mahu saja mereka minum sepuas-puasnya.

“Korang.. aku nak ke toilet jap..”kata Am sebaik sahaja selesai memesan makanan dan minuman.
“Aku pun, Am! Tungguuu!!!” jerit Aedy sambil berlari-lari anak mengejar Am.

Sekarang yang tinggal hanya Mikael dan Damia. Mereka berdua saling bertentang mata. Hati masing-masing berdebar-debar. Jantung mereka berdegup rancak. Beberapa kali juga Damia tertunduk malu.

“Kael tak sangka betul yang Mia boleh main gitar. Mia ni memang genius lah..”Kael memulakan perbualan.

“Hehehe.. Well, DAMIA !! Mia kan serba boleh !” Damia bangga.

“So,lepas ni bolehlah Mia ajar Kael main gitar..”kata Mikael merenung tepat ke dalam bola mata Damia.

“Bukan Kael pandai main gitar ke? Baru pagi tadi Mia dengar. You have a great voice..” Damia memuji Kael.
Mikael tergelak kecil. Tak sangka Damia terdengar nyanyiannya pagi tadi. Mikael mula tersenyum malu.

“Suara Kael biasa-biasa je lah.. Tak adalah sebagus Am..”Kael merendah diri.


“Eleh.. rendah diri konon.. Untung siapa jadi girlfriend Kael kan?”kata Damia cuba mengusik Kael.


“Untung?? Kenapa pulak?”Kael bingung.

“Yalah.. Kael kan hensem, baik, pandai menyanyi pulak tu..Kael ni memang ada pakej lah..”kata Damia sambil menyedut fresh orange yang baru dihantar oleh seorang pelayan di restoran tersebut.


“Ishh..Mia ni.. Kael biasa-biasa je lah.. Nobody’s perfect kan.. Mia tu pun apa kurangnya jugak. Kalau ikutkan mesti ramai yang tengah tunggu Mia.. cuma Mia je kot tak faham-faham..”balas Kael mula memuji Damia.
Damia sekadar tersenyum dan ketawa kecil padahal dia tidak faham sepatah apa pun yang cuba Mikael katakan.


“Mia.. actually, I have something special to you.. Kael harap Mia suka..”kata kael lagi sambil membelek-belek isi kandungan di dalam begnya.


“Bagi apa?”soal Damia tidak sabar.


“Tapi Mia kena tutup mata dulu..Nanti tak surprise lah..”minta Mikael.
Damia akur. Matanya ditutup rapat. Tidak cukup itu, dia menutup matanya dengan kedua-dua tapak tangannya pula.Kael mengeluarkan lukisan wajah Damia yang dilukisnya pagi tadi berserta dengan sekuntum mawar merah yang segar. Hati Mikael berdebar-debar. Dia sendiri tidak pasti samada rancangannya akan berhasil atau tidak.


“Lama lagi ke?”soal Damia yang bertambah bingung.


“Okey.. dalam kiraan tiga, you can open your eye.. One.. Two.. Three…”kata Kael lembut. Suaranya begitu memukau dan boleh mencairkat hati ramai wanita.
Damia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Dilihatnya potret wajahnya dan mawar merah di atas meja. Kael hanya mampu tersenyum. Lagu cinta antara kita nyanyian Duta dan Baizura Kahar dipasang Kael perlahan. Suasana ketika itu begitu romantis. Mereka ibarat pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.




“Mia..sebenarnya.. Sebenarnya.. sejak kali pertama kita jumpa, Kael dah mula sukakan Mia.. Memang sebelum ni, Kael pernah ragu-ragu dengan hati dan perasaan Kael sendiri.. Tapi bila Kael dah mula kenal Mia, Kael yakin.. Kael memang cintakan Mia…Puteri Damia Batrisha, will you be my angel?”akhirnya Mikael berjaya menyatakan kata cinta terhadap Damia.
Hati Damia mula tersenuh Dia hanya tertunduk malu dan berdiam diri. Lagu cinta antara kita terus kedengaran menghidupkan lagi suasana.


“Kael….”panggil Damia halus.
Dengan sepantas kilat Kael terus mengangkat kepalanya lantas memandang tepat ke wajah jelita Damia.Lukisan dan bunga rose yang dihadiahinya dipeluk dan dicium oleh Damia berkali-kali.


“Mia minta maaf.. Boleh Kael beri Mia sedikit masa lagi? Kitakan baru saja kenal.. Mia masih belum kenal Kael seratus peratus lagi.. Mia harap Kael faham. Mia cuma nak yang terbaik untuk kita berdua.”kata Damia tenang.

Kael terdiam seketika. Dia menarik nafas panjang.

“Its okay Mia.. Kael tak nak paksa Mia..Yang penting, Mia tahu yang Kael betul-betul cintakan Mia.. There’s nobody in my heart except you,Mia.. Kael akan tunggu Mia sampai Mia bersedia untuk terima Kael dalam hidup Mia..Kael akan tunggu Mia.. Kael janji,”kata Mikael bersungguh. Kata-kata yang terbit dari bibir Mikael membuatkan hati Damia begitu terusik. Air mata jernih mula membasahi pipi Damia.


“Terima kasih Kael.. Kalaulah Kael tahu yang Mia juga cintakan Kael.. Tapi maafkan Mia, masih terlalu awal untuk kita buka diari baru..’bisik hati kecil Damia.

Tiba-tiba suasana kembali riuh apabila Am dan Aedy kembali ke meja.

“Huh.. sorry!! We’re late.. Ramai betul orang dalam tandas tadi..”kata Aedy tercungap-cungap.
Mikael terus menghentikan lagu yang dipasangnya tadi sebaik sahaja rakannya muncul.


“So, apa termenung lagi tu? Minuman dah ada makanan pun dah tersedia.. Jomlah kita makan..”pelawa Aedy lantas menarik pinggan makanan dan gelas minumannya.


Am terpandang lukisan dan mawar merah di tangan adiknya, Damia.

“Oh.. mungkin itulah lukisan yang Kael lukis pagi tadi..”Am mengomel sendirian.

“Mia..Kael akan terus tunggu Mia sampai hati Mia terbuka untuk Kael!”Kael berbisik. Hatinya sakit seperti dicucuk duri tajam. Walaubagaimanapun, Adi Mikael Az Zaffran tidak akan pernah mengalah. Baginya cinta itu perlu pengorbanan. Dia sanggup berkorban apa saja untuk meragut cinta dari bidadarinya, Damia.



p/s: Berjayakah Mikael memenagi hati Damia? Adakah Damia akan terus merasa bahagia? Apakah yang bakal terjadi seterusnya? Nantikan 3+1(bab 9) yang menjanjikan lebih banyak cabaran dan dugaan.